Thursday, April 8, 2010

~~Warna Warni Kehidupan~~

Disini akan kucatatkan perjalanan hidupku.. Meniti lorong-lorong kehidupan yang tidak pernah ku tahu di manakah penghujungnya. Terkadang perjalanan itu sangat indah diwarnai pengalaman manis serta kenangan.. Namun, setiap yang indah itu juga pasti tidak akan kekal selamanya. Keindahan pasti akan datang dan pergi.. ia pernah datang dan ia juga pernah pergi, dan suatu hari nanti, ia akan datang dan akan pergi kembali, kerana itulah roda kehidupan. Takdir Allah kekadang untuk menguji, kekuatan hambanya.. Takdir Allah juga kekadang untuk membuatkan kita kembali berfikir sejauh manakah kita berusaha untuk menjadi hambanya yang terbaik..



Aku hanya insan biasa-biasa saje.. Namun aku tahu, aku punyai keistimewaan dan kekuatanku sendiri, tanpa perlu aku bertanya dan berharap ada insan lain yang menyatakan padaku.. Rahmat Allah itu sangat luas, tak terbatas oleh luasnya cakerawala.. Aku pasti dan sangat pasti Allah menyayangi aku.. Tapi aku?? Apa yang aku buat untuk menyatakan yang aku juga sayang Allah!! Namun, sejauh mana aku pergi, tanpa pernah aku lupa bahawa aku ini hambanya.. Seperit mana perjalanan hidupku, aku juga tidak akan lupa Allah itu tidak akan pernah menzalimi aku, makhluk yang disayangi.



Inilah kanvas hidupku.. yang akan aku coretkan, yang akan aku warnai dengan corak dan bentukku sendiri. Segala keindahan mahupun keperitan adalah ketentuan Allah yang di anugerahkan kepadaku, agar aku bisa berhenti, memerhati dan belajar untuk membetulkan kembali perjalananku.. Aku tidak perlu bersedih, kerana kepahitan itu akan bertukar menjadi tawar, dan tawar itu pastu akan berubah kembali menjadi manis.. manis untuk kukecapi bersama insan yang menyayangi aku. Kanvas hidupku pernah menjadi indah, begitu indah, sangat indah dan "tiada makna". Namun kerana aku yang mencorakkannya, maka aku akan pastikan aku tidak akan terus menangisi keperitan dan kepahitan.. tapi aku akan corakkan supaya ia akan terus menjadi indah sepanjang hidupku.



Rahsia Allah terlalu besar, terlalu sulit untuk aku dan kita semua fahami.. Namun aku akan terus mencuba untuk memahami supaya aku bisa menemui kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang tak mampu untuk kukecapi tanpa mencicipi rasa kehangatan cinta dan bahagia menghadapNya.. Allah yang menentukan perjalanan ini dan semoga SABAR menjadi kekuatan dan senjata yang paling besar untuk membantu aku berjalan dan berlari.. Ya Allah ampunkan dosaku..
Pengembara hidup,
~S.h.w.e.e.T~

No comments: