Thursday, January 26, 2012

Menantuku Hantu

Salam..

Hmm biar la dh tulis kat FB pn.. ni rasa nk tulis kat blog plak, sebab rasanya topik ni agak penting la untuk menantu-menantu atau bakal menantu yang mengendap blog ni.. Asalnya topik ni dibincangkan dalam WANITA HARI INI 27/12/2012.. sy tak tengok pn, tapi hati terdetik untuk menulis memandangkan isu ni rasanya agak dekat dihati..

Bagi sesetengah individu, kadang-kadang terlalu mengambil mudah perasaan org tua.. atau mungkin kita tidak mengendahkan perasaan mereka bila mereka sanggup berkorban untuk kita, baik ibu bapa sendiri, mahupun ibu dan bapa mertua... Naluri org tua (ibu bapa dan mertua) kebanyakkan mereka tidak berkira untuk membantu anak-anak termasuklah dalam soal menjaga cucu-cucu mereka atau makan minum anak menantu sendiri.. Tapi seringkali segelintir anak-anak menjadikan itu sebagai kelebihan bagi mereka apabila mereka tinggal bersama mahupun saat pulang kekampung.

Ni beberapa situasi yang biasa berlaku:

  1. Anak menantu tinggal sebumbung dengan ibu bapa atau mertua.. Ibu bapa atau mertua menjadi pengasuh cucu sendiri, menyiapkan keperluan cucu termasuk keperluan anak menantu yang berkerja. Menantu (perempuan) balik kerja, makan xpayah masak sbb mak mertua dah masak, xpayah basuh n sidai baju sebab semua mertua dah buat. Menambahkan beban lagi bile pinggan makan anak-anak sendiri xreti nk basuh, meja xreti nak lap, rumah yang disepahkan anak-anak mereka dibiarkan untuk diuruskan oleh mertua juge.. ini dinamakan beban bertimpa-timpa.
  2. Anak menantu tidak tinggal sebumbung, tapi menghantar anak-anak dijaga oleh ibu dan bapa atau mertua. Balik kerja, amik anak-anak sambil tumpang makan malam dan lepas tu balik kerumah masing-masing tanpa membantu menguruskan rumah yang disepahkan oleh anak-anak mereka, atau menguruskan pakaian kotor anak-anak.
  3. Anak menantu yang pulang kekampung pada musim-musim cuti tertentu, ibu akan bertungkus lumus memasak macam-macam makanan special untuk anak menantu dan cucu yang jarang-jarang balik, dengan hati yang lapang kerana sayangkan anak menantu dan cucu. Si anak menantu plak berlonggok ngen anak-anak depan tv (konon nk jaga anak-anak) ataupun memerap dalam bilik, online atau tido atau menggunakan alasan nk tidurkan anak. Sudahnye ibu akan memasak sensorang atau dengan bantuan ayah atau mungkin juga dengan bantuan anak kandung sendiri (tu pn kalau ada anak perempuan yang boleh diharap)
  4. Anak menantu mengajak ibu dan bapa atau mertua tinggal dirumah mereka dan dalam waktu yang sama menjadikan mereka seperti pembantu rumah yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak.. Dan keadaan yang lebih teruk lagi jika ada anak dan menantu yang langsung tidak prihatin terhadap keperluan ibadah dan kesihatan mereka dan menjadikan mereka seperti hamba suruhan.. hmm ini memang tahap 'jeneral' HANTU la ni.
  5. Anak yang mengabaikan ibu bapa kerana hasutan dan larangan daripada menantu yang enggan pulang ke kampung bertemu ibu bapa mertua.. ini tahap HANTU+BODOH tahap cipan.
  6. Tambah sendiri..
  7. Pn boleh tambah sendiri.
  8. Dan seterusnya..

Senario yang digambarkan oleh cerita-cerita melayu memang menggambarkan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Dan ia kadang-kadang berlaku didalam keluarga kita sendiri. Oleh itu, peringatan ini wajar untuk difikirkan oleh anda dan diri saya sendiri juga. Kadang-kadang kasih sayang dan pengorbanan mereka kita abaikan sehingga mengguris hati mereka. Ada sesetengah ibu bapa akan meluahkan, tapi hakikatnya mungkin akan memburukkan keadaan jika disalah ertikan oleh anak dan menantu. Sebab itu ada segelintir ibu bapa lebih rela menelan situasi itu dan hanya meluahkan sesama mereka demi menjaga perasaan anak dan menantu.

Firman Allah:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu”

(Luqman, 31: 14)


“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…”

(al-Ahqaf, 46: 15)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.”

(Hadis riwayat Tabrani)


Dalil ni (dan banyak lagi) dah cukup membuktikan bahawa kita wajib menghargai, menghormati dan menjaga perasaan mereka. Jangan sampai suatu hari nanti anak-anak menantu kita akan melakuka perkara yang sama pada kita kerana dosa terhadap ibu bapa tergolong dalam golongan dosa yang akan dibalas didunia..


S.h.w.E.E.t.y.A.n.G.m.e.N.g.i.N.g.A.t.k.A.n.

^_^


Thursday, January 19, 2012

woowooottt

Alahai..dh lame x bloging.. hmm mcm ni la kalo dh start jd pemalas..

hmm belum terlambat kot nk wish.. HaPpY NeW yEaR kat sini (hehe padahal dh nk dekat akhir bulan dah..) hmm xpe la.. ape pn thn br ni byk cabarannya.. ade berlaku perkara yg menyedihkan dan ade jugak berlaku perkara yg sgt menggembirakan..anugerah dan rezeki Allah setelah ditunggu2 sekian lame, so ape lagi yg layak di sebut selain ALHAMDULILLAH..

masa pantas berlalu, semoga hari-hari sunyi dan sepi berlalu dengan semakin cepat.. menunggu hari tibanya saat untuk bertemu kekasih hati sudah pasti sgt menyeksakan.. namun bertemankan anugerah yang dikurniakan olehNya, sedikit terubat kesedihan dan kesunyian itu..

entry kali ni hanyalah sebagai pembuka kata bg tahun baru ni, insyaallah saya akn cuba istiqamah mencatat diari harian disini sebagai kenangan untuk masa akan datang.. semoga tahun baru ini membawa semangat dan bertambah rajin la menghapdet blog nnti.. we wait n see.. hehehe.. ok SALAM semua (bajet ramai la org bukak blog ni..hahaha perasan ok!)