Monday, April 12, 2010

Kekuatan yang di cari


Ya Allah..

Berikan aku kekuatan untuk melalui semua ini.. berikan aku ketabahan untuk menghadapi dugaan dariMu..

Bantulah hatiku untuk mencari keyakinan, terhadap takdir yang telah Engkau tetapkan buatku.. Jangan biarkan aku terkapai-kapai dan membuat perhitungan yang silap terhadap jalan hidupku.. Aku perlukan bimbingan MU.. Aku perlukan perhatian dari Mu.. Jangan biarkan aku sendirian menentukan arah tujuanku.. Bimbinglah aku ya Allah..

Ya Allah..

Hapuskan lah segala kekusutan di jiwa dan fikiran ku.. lenyapkanlah keraguan terhadap pilihan yang telah bertahkta di hatiku.. Berikan aku keyakinan untuk mencari kebahagiaan bersamanya.. Kau redhailah pilihanku, kerana kuatnya ikatan cintanya padaMu.. Ingin aku merasa dicintai kerana takdirMu yang inginkan aku beriringan dengannya..

Ya Allah..

Keagungan Rahmah dan kasih sayangMu mendidik hati ini untuk mencintai tanpa syarat.. Keagungan sifat LatifMu telah melunakkan hati ini untuk membahagiakan tanpa syarat.. aku ini insan biasa yang akan lemah andai berjauhan dariMu.. bantulah aku untuk membahagiakan dan merasai kebahagiaan.. Ampunkan segala khilafku andai perjalanan ini banyak mengundang murkaMu.. Izinkan hati ini terus menyayangi insan yang memiliki cintaMu..


PencintaMu,

~s.h.w.e.e.t~

No comments: