Saturday, June 26, 2010

Cinta dan bahagia

bila ada cinta,
pasti ada bahagia,
cinta dan bahagia harus sering beriringan..

andai mencintai pasti kita ingin dihargai,
andai mencintai pasti kita ingin disayangi,
andai mencintai pasti akan merindui,
andai mencintai pasti akan mengasihi.

wahai cinta hatiku,
jangan pernah berhenti menyintaiku,
jangan pernah berhenti menyayangiku,
jangan pernah tinggalkan ku menyepi,
jangan pernah tinggalkan ku sendiri,

wahai cinta hatiku,
aku merindumu setiap saat dalam hidupku..

~S.h.W.e.E.t~

Monday, June 21, 2010

~pada kenangan itu pasti ada yang indah~


sungguh, pada kenangan itu ade yang indah dan ada yang berwarna warni..
sedih, sayu, melihat kepergian ANDA meninggalkan kami..
sekejap, tapi terasa seolah telah lame kita bersahabat..
mungkin kerana nilai sahabat sebenarnya bukan tertakluk kepada masa..

kenapa dinamakan indah?

sudah pasti kerana kenangan itu sangat indah,
dan benar kerana anda juga sahabat yg indah..
andalah peneman yang indah kepada yang penakut seperti shweet..

tiada yang mampu menidakkan kepada perpisahan..
kerana yang bertemu pasti akan berpisah..
tapi syukur kerana perpisahan ini adalah INDAH..
kerana telah tercipta INDAHnya pada kenangan..

Shweet tidak akan melupakan anda..
anda pernah mewarnai suka duka kehidupan shweet disini..
Shweet juga tidak akan melupakan anda..
yang sering menyampah dan agak iri dengan ke'shweet'an ini.. :)
Shweet tetap tak akan melupakan anda..
kerana cubaan anda merampas gelaran 'ustazah' disini hampir berjaya.. =P

andalah..
sahabat shweet..
kawan shweet..
teman shweet..
yang INDAH..

kepada anda,
sila jangan lupa shweet..
sila jangan lupa janji november..
sila jangan lupa untuk datang menziarahi shweet..
sila jangan lupa menjemput shweet jika anda ingin keluar dr hidup kebujangan..
dan sila jangan lupa mengajak shweet untuk berpiknik lagi walaupun anda terpaksa menjadi tunggul untuk shweet berpaut..

kepada LAILI MARLINA KHAIDIR, selamanya hidup ini akan menjadi indah jika kita mencorakkannya menjadi indah, indah pada persahabatan mungkin pernah ade pasang surutnya kerana tiada manusia yang sempurna sifat kejadiannya.. ke mana sahaja anda pergi, mungkin ade yang lebih indah dari kami.. tapi jangan pernah lupakan indahnya persahabtan yang pernah terukir disini.. percayalah..anda indah di hati SHWEET..

S.h.W.e.E.t yang I.n.D.A.h