Wednesday, May 6, 2009

DOA ITU PENGHARAPAN KU


Ya Allah, pertemukan lah aku dengannya..

pertemukanlah aku dengan lelaki yang:
elok keimanannya padaMu,
supaya dia dapat memperelokkan ketakwaanku padaMu,
elok pendidikannya,
supaya dia dapat memperelokkan kebodohanku,
elok rupa parasnya,
supaya dia sentiasa bersyukur dengan kurniaanMu.

Biarlah dia itu dapat melengkapi kekuranganku dan aku ini setia menjadi pelengkap kekurangannya..

Biarlah dia itu yang akan selalu menyayangiku, dan aku ini yang sentiasa bisa membahagiakannya.

Jadikanlah dia itu seorang yang bertanggungjawab pada agama, keluarga, diriku dan zuriat kami..

Engkau ya Allah, tuhan yang Maha mengasihi dan menyayangi..

Hanya ini Qudrat dan kemampuanku berusaha untuk bertemu dengannya..dia yang telah Engkau ciptakan untuk menjadi pelengkap agama dan sebahagian hidupku..

Wednesday, April 29, 2009

JENIS SYAITAN

Makhluk Laknatullah


1.Zalituun
Duduk di pasar/kedai/shopping complex supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupakepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
wallahua'lam