Monday, October 11, 2010

Update!

Assalamualaikum..


Dah lame blog ini ditinggalkan.. byk perkara yg nak dicatatkan sebenarnya, tapi ketiadaan mood untuk menulis sesuatu disini..mybe saya ni bukan lah penulis diari yg tegar..semuanya hanya tersimpan dalam otak dan kadangkala kenangan2 sepanjang hari yang berlalu tu terdilit begitu sahaja..sayang...huuu

Insyaallah lepas ni blog ni akan jadi blog yg sgt peribadi a.k.a diari harian dan akan diprivatekan daripada tatapan umum.


~Shweet~

Thursday, July 8, 2010

~Housemate oh Housemate~

Ini adalah karangan tentang Housemate saya..


Usia saya kini telah mencecah ke angka 2* tahun..sepanjang hidup saya, saya banyak berdikari sejak saya melangkah ke tingkatan 1. Seawal usia tersebut saya telah belajar untuk mengurus masa, membasuh pakaian, dan menyusun waktu pembelajaran saya sendiri, kerana telah dihantar ke asrama SMKA Sheikh Abdul Malek. Bermula daripada situlah saya mula belajar berkawan dengan bermacam-macam watak kawan, beraktiviti dan berusrah.. Kelihatan pada waktu itu agak seronok kehidupan saya bersama kawan-kawan, sementelah kakak saya yang juga dihantar ke asrama yang sama telah beberapa kali homesick yang sangat teruk sehingga memaksa mak dan ayah dan saya (sebelum masuk ke tingkatan 1) terpaksa datang tengah-tengah malam ke asrama kerana kakak saya menangis dan mula mendapat migrain..huh! siapa adik dan siapa kakak sebenarnya ni!.. habis 1 bab..


Cerita ini sebenarnya tentang seorang housemate..dan housemate itu bernama T.A.s.H.a.. sebenarnya makhluk ini saya kenali sejak saya berada di tingkatan 3 SMKA Sheikh Malek itu.. Dia walaupon pada ketika itu masih lagi C.oM.oT, tapi saya dengan senang hati suke berkawan dengan beliau.. kami agak rapat dan berkawan sehingga saya akhirnya menamatkan persekolahan di sana..


Cerita ini masih lagi tentang housemate saya..ye, housemate saya bernama Aisha (panggilan abg janggutnye) juga org yang same bernama tasya (panggilan yang sy guna dulu dan sekarang, kerana sy merasa geli untuk memanggil beliau Aisha). Beliau ini merupakan sorang yang pada mula saya mengenalinya berada dalam keadaan yg agak comot, dan masih lagi comot sehingga sekarang =P Tasha seorang yang sgt best, dan masih lagi best walaupn kami telah lame berkawan. Kini tasha sudah membesar dan dia juga ingin belajar berdikari, kerana selama ini dia tergolong dalam spisis yang dimanjakan oleh keluarga..


Cerita ini masih tentang housemate saya yang bernama Tasha.. sekarang, Tasha membuat pilihan untuk tinggal bersama saya di teratak shweet saya kerana ingin menghilangkan stress yang dialaminya.. Dan saya sangat gembira kerana akhirnya saya telah mendapat seorang housemate yang best, tidak seperti housemate2 saya yang sebelumnya yang banyak membuat onar dalam hidup saya.. Saya harap dengan sedikit masa yang masih berbaki ini, saya akan terus gembira tinggal bersama housemate saya ini, sebelum saya tinggal dengan housemate yg entah macam mane perangainya sepanjang hayat saya nanti.. Saya merasakan Tasha mungkin merupakan housemate saya yang terakhir sebelum saya akan melangkah ke rumah baru dan bersama dengan housemate baru yang mungkin juga seorang yang tidak suka mandi..!


Kepada Housemate saya, saya gembira kerana keberadaan anda dirumah kita.. Kini, saya tidak lagi penat memasak berseorangan, penat menghabiskan makanan berseorangan, kesunyian menonton tv berseorangan dan menyebabkan rumah saya juga sedikit kecoh dengan aktiviti gossip dan luahan perasaan berkenaan dengan 'kehidupan' dan 'kegelojohan'.... Saya juga berharap anda tidak bosan berada sebumbung dengan saya dan diharap anda juga selesa berada dibilik itu untuk menyiapkan proposal dengan jayanya...


Karangan ini jika di buat ketika menghadapi peperiksaan SPM, pasti akan menyebabkan saya mendapat gred C+.. tapi memandangkan ini ditulis pada blog peribadi saya, maka suka hati sayalah mcm mana sy nak tulis.. Karangan ini juga untuk menghargai sahabat saya kerana sudi datang menemani saya yang kesepian disini.. Terima Kasih 'Aisha' aka 'Tasha' aka 'Kak Mot'.. huhu..


Yang sangat benar,

..S.h.w.e.e.T..


Saturday, June 26, 2010

Cinta dan bahagia

bila ada cinta,
pasti ada bahagia,
cinta dan bahagia harus sering beriringan..

andai mencintai pasti kita ingin dihargai,
andai mencintai pasti kita ingin disayangi,
andai mencintai pasti akan merindui,
andai mencintai pasti akan mengasihi.

wahai cinta hatiku,
jangan pernah berhenti menyintaiku,
jangan pernah berhenti menyayangiku,
jangan pernah tinggalkan ku menyepi,
jangan pernah tinggalkan ku sendiri,

wahai cinta hatiku,
aku merindumu setiap saat dalam hidupku..

~S.h.W.e.E.t~

Monday, June 21, 2010

~pada kenangan itu pasti ada yang indah~


sungguh, pada kenangan itu ade yang indah dan ada yang berwarna warni..
sedih, sayu, melihat kepergian ANDA meninggalkan kami..
sekejap, tapi terasa seolah telah lame kita bersahabat..
mungkin kerana nilai sahabat sebenarnya bukan tertakluk kepada masa..

kenapa dinamakan indah?

sudah pasti kerana kenangan itu sangat indah,
dan benar kerana anda juga sahabat yg indah..
andalah peneman yang indah kepada yang penakut seperti shweet..

tiada yang mampu menidakkan kepada perpisahan..
kerana yang bertemu pasti akan berpisah..
tapi syukur kerana perpisahan ini adalah INDAH..
kerana telah tercipta INDAHnya pada kenangan..

Shweet tidak akan melupakan anda..
anda pernah mewarnai suka duka kehidupan shweet disini..
Shweet juga tidak akan melupakan anda..
yang sering menyampah dan agak iri dengan ke'shweet'an ini.. :)
Shweet tetap tak akan melupakan anda..
kerana cubaan anda merampas gelaran 'ustazah' disini hampir berjaya.. =P

andalah..
sahabat shweet..
kawan shweet..
teman shweet..
yang INDAH..

kepada anda,
sila jangan lupa shweet..
sila jangan lupa janji november..
sila jangan lupa untuk datang menziarahi shweet..
sila jangan lupa menjemput shweet jika anda ingin keluar dr hidup kebujangan..
dan sila jangan lupa mengajak shweet untuk berpiknik lagi walaupun anda terpaksa menjadi tunggul untuk shweet berpaut..

kepada LAILI MARLINA KHAIDIR, selamanya hidup ini akan menjadi indah jika kita mencorakkannya menjadi indah, indah pada persahabatan mungkin pernah ade pasang surutnya kerana tiada manusia yang sempurna sifat kejadiannya.. ke mana sahaja anda pergi, mungkin ade yang lebih indah dari kami.. tapi jangan pernah lupakan indahnya persahabtan yang pernah terukir disini.. percayalah..anda indah di hati SHWEET..

S.h.W.e.E.t yang I.n.D.A.h

Monday, May 31, 2010

Engkau harapanku~~


Ya Allah,
Kurniakan aku lelaki yang:

Kuat agamanya,
Tinggi ilmunya,
Elok rupa parasnya,
Baik pekertinya.

Tenangkan hatiku padanya,
Bahagiakan aku disisinya,
Kukuhkan cintaku untuknya,

Dan,

Rahmati aku dan dirinya,
Moga cinta kami bersatu selamanya.



~~dari hati shweet~~

Tuesday, May 25, 2010

~Dia sedang memilih jalan~

Entry khas to ...

Dia sedang memilih jalan,

Jalan yang terbaik untuk hidupnya,
Jalan yang akan membawa kebahagiaan,
Jalan yang akan menganugerahkan ketenangan.

Dia sedang memilih jalan,
Namun jalan itu telah menjadi berliku,

Dan dia memerlukan kekuatan,
Untuk membuat pilihan.

Dia sedang memilih jalan,
Antara pilihan hati atau pilihan keluarga,
Dan dia tercari-cari jawapan,
Kerana cintanya pada manusia untuk mencari cinta yang Esa.

Kepada dia yang sedang memilih jalan,
Hanya ini yang mampuku titipkan,
Apa pun laluan yang bakal dipilih,
Segalanya telah ditentukan olehNya,

Dia yang memberi kebahagiaan,
Dia juga menganugerahkan kedukaan,

Semua itu bergelar ujian,

Cinta itu ujian,

Kecewa itu juga ujian,

Siapa jua jodoh kita,
Ia tetap menjadi rahsiaNya,
Kita usahakan untuk menggapai bahagia,
Namun dia juga yang menentukan bahagia untuk kita.

Munajat kita untuk bertemu bahagia,
Kita kongsikan bersama,
Menjadikan ia kenangan indah tercipta dalam persahabatan,
Erti kegembiraan mahupun kedukaan telah kita perbahaskan,

Berbahagi rahsia juga berkongsi rasa cinta,


Semoga perasaan indah ini akan mengingatkan kita pada kenangan,

Mengingatkan kita kepada Dia yang mencipta cinta,
Kita pasrahkan dan kita redha,

Semoga bahagia itu tetap menjadi milik kita.

















♫♪ Shweet yang bahagia ♫♪

Friday, May 14, 2010

~Diabaikan~

Hari demi hari silih berganti..terlalu cepat. blog ini juga semakin terabai..byk yg nk diceritakan dan nk diabadikan di sini.. tapi kemalasan membataskan.. huhu..

Beberapa minggu yang lalu sebok menguruskan sesi berpindah rahdah kat ofis, sehingga berpengalaman menjadi nomad seketika. Then dah setel pindah ofis, amik masa nk menyesuikan diri la plak.. Dengan oficemate yg baru, dengan suasana baru.. hope dapat la menyesuaikan diri dengan baik.. nnti nk masukkan gambarnye..

Ofice lame sgt best..terasa mcm sgt selesa sehingga menimbulkan kejelesan org lain. huhu.. dan ofis baru lak, cam sempit n xprivasi kerana da x sound proof, so nk bergosip pun kene dengan perlahan-lahan...hehe

Tapi, nak tak nak terpaksa terimalah seadanya apa yang ada dan belajar untuk terus bersyukur.. hmm kenangan ditempat2 yang pernah dihuni..



Ofis Lama











Semua ni dah tinggal kenangan..dan sekarang, tempat ni dah selamat menjadi lab microbiology.. so sekarang aku akan berjiran dengan kuman dan bacteria.. lepas ni kene hati-hati sebab mungkin terdedah kepada serangan makhluk tersebut.. hmm setakat ni dulu, nanti akan disambung dengan entry ofis baru.. (kalo rajin) huhu.. ok chow cincau..


~shweett~

Sunday, April 18, 2010

Balikkampungsekejapmemangtidakbest

Wikenku semalam telah dihabiskan untuk balik kampong.. tiada dalam perancanganku untuk balik ke kampung minggu lepas.. tetapi memandangkan ade emergency, maka aku juga ikut serta membalikkan diri kerumah.. hepi memang hepi sbb ble jumpa mak, jini n her babies.. tapi xbest sebb bermalam 2 mlm je di"rumah manis rumah".
ekceli balik pn sebab nk tengok mami sakit kat icu.. memang sebak melihat keadaan mami kat icu hari tu.. bukan aku jer, tp abg aku yg spisis garang tu pn ble sebak.. mana tak nye, sblm ni tengok dia lagi sehat daripada dedi.. ni alih-alih dia yg teruk.. tak tau la ble ke mami bertahan n sehat seperti sediakala atau tak.. semua tu di bawah kuasa Tuhan.. hmm kekadang hidup ni memang mengingatkan kita kepada kekuasaanNya.. yang sakit xsemestinya akan mati dulu daripada yang sehat.. n yg sehat xakan selamanya sehat.. Allahuakbar~~ didoakan semoga mami boleh bertahan dan kembali pulih insyaallah..
seharian dikereta bersama en. haikal membuatkan aku sengal-sengal badan..tu baru kejap kalo nk dibandingkan ngn mama dia yg jg dia..huhu.. pape pon ciksu xkesah, sebab ciksu sayang en. haikal, ciksu syg semuanya..nanti nak balik lagi, musti ciksu kene ikot lagi huhu..kepenatan tapi sonot gak..balik n save bajet kuikui..

ini En. Haikal

hmm, sampai Kl pn da maghrib, makanya xduk lame la kat setiawangsa sbb nak gi jumpa insan kesayangan jap.. so then bergerak kearah tujuan untuk mendengar sesi bebelan yang bermanfaat dr mr. ketenangan yang siap membawak kitab nye.. ('',) layaann sampai hampir jam 12 then baru balik nilai.. penat, tapi bestt.. tenks mr. ketenangan.. huhu... makin tenaang.. alhamdulillah.. ~_^
hmm wokey..nk uat keje plak..saje je sesi bercerita tuk aktiviti wiken sambil merait kertas exm bebudak dalam keadaan mengantuk..
Penatdanngantuk,
~ciksuS.h.W.e.E.t~

Wednesday, April 14, 2010

Entry to Mr. Ketenangan..

Fragile heart..

Memang.. tidak dapat aku nafikan sedikitpun..hati ini memang 'fragile'. Kelihatan luaran mungkin aku agak 'layak' dikategorikan sebagai wanita tegar.. menasihati, mendengar, mengajar adalah tugasku dan ia bukanlah tugasan yang mudah. Ia memerlukan kekuatan.. namun di sebalik kekuatan itu, tersembunyi juga kisah hidup yang menyebabkan hati ini menjadi begitu sensitif dan 'Fragile'..


Pengalaman benar-benar mengajar manusia, dan aku di antara manusia yang juga banyak belajar dari pengalaman mereka yang menjadi sebahagian daripada 'subjek' hidupku.. Pengalaman juga mengajar aku menghargai, apa yang datang dan meredhai apa yang pergi.. Lumrah manusia, hanya akan menghargai setelah merasa kehilangan dan itu juga adalah pelajaran yang sangat bermakna dalam hidupku.


Wanita adalah makhluk yg sgt 'complicated' mudah memaafkan, tapi sukar melupakan.. dan aku juga adalah wanita itu.. yg juga terluka dengan perbuatanku sendiri.. memaafkan dan memohon maaf, namun juga sukar melupakan.. 'Fragile heart' gambaran kepada hati aku.. yang meminta untuk di 'handle' dengan penuh 'care'. Semoga en. ketenangan mampu meng'care' heart aku yang tergolong dlm kategori 'Fragile'. Thank's a lot en. ketenangan, yang sangat menenangkan persis namanya..


This song is dedicated 2 me, by en. ketenangan.. Love him so MUCH..





Cik yang sedikit tenang,
~S.h.w.e.e.T~

Saya-rasa..

Saya rasa macam....
nak dilit enry
ini... sebab ape yg hilang telah ditemukan kembali..

Saya rasa jugak macam....
nak privatekan blog
ini... sebab banyak mengandungi catatan peribadi..

hmm.. insyaallah.. nanti akan dipikirkan lagi..

Yang merasa-rasa,
~S.h.w.e.e.T~

Monday, April 12, 2010

Kekuatan yang di cari


Ya Allah..

Berikan aku kekuatan untuk melalui semua ini.. berikan aku ketabahan untuk menghadapi dugaan dariMu..

Bantulah hatiku untuk mencari keyakinan, terhadap takdir yang telah Engkau tetapkan buatku.. Jangan biarkan aku terkapai-kapai dan membuat perhitungan yang silap terhadap jalan hidupku.. Aku perlukan bimbingan MU.. Aku perlukan perhatian dari Mu.. Jangan biarkan aku sendirian menentukan arah tujuanku.. Bimbinglah aku ya Allah..

Ya Allah..

Hapuskan lah segala kekusutan di jiwa dan fikiran ku.. lenyapkanlah keraguan terhadap pilihan yang telah bertahkta di hatiku.. Berikan aku keyakinan untuk mencari kebahagiaan bersamanya.. Kau redhailah pilihanku, kerana kuatnya ikatan cintanya padaMu.. Ingin aku merasa dicintai kerana takdirMu yang inginkan aku beriringan dengannya..

Ya Allah..

Keagungan Rahmah dan kasih sayangMu mendidik hati ini untuk mencintai tanpa syarat.. Keagungan sifat LatifMu telah melunakkan hati ini untuk membahagiakan tanpa syarat.. aku ini insan biasa yang akan lemah andai berjauhan dariMu.. bantulah aku untuk membahagiakan dan merasai kebahagiaan.. Ampunkan segala khilafku andai perjalanan ini banyak mengundang murkaMu.. Izinkan hati ini terus menyayangi insan yang memiliki cintaMu..


PencintaMu,

~s.h.w.e.e.t~

Sunday, April 11, 2010

.s.A.y.A.

saya seorang yang kuat,
saya seorang yang tabah,
saya seorang yang pemaaf,
saya seorang yang tidak mudah marah.

tapi kadang-kadang,
saya juga menjadi seorang yang ego,
saya juga menjadi seorang yang manja,
saya juga menjadi seorang yang sensitif,
saya juga menjadi seorang yang mudah menangis,

siapa pun saya,
saya masih seorang manusia yang punyai hati dan perasaan..

SAYA,
~s.h.w.e.e.T~

Saturday, April 10, 2010

Mungkinkah

Mungkinkah akan kembali keindahan,
Mungkinkah akan memberi sinar kebahagiaan,
Mungkinkah akan menutup segala keraguan,
Mungkinkah akan menghapus kesangsian.

Dan mungkinkah akan berulang kenangan silam..






~s.h.w.e.e.T~

Friday, April 9, 2010

Entry Khas uat Cik Lely

"ini cik lely sedang makan dengan gelojoh"


Hari ini cik Lely demam,
Hari ini cik Lely tidak datang ofis,
Hari ini cik Lely duduk uma,
Hari ini cik Lely telah kerugian kerana tidak dpt makan sup yang di bawak oleh saya.

Cik lely telah memasak sup nya sendiri,
Entahkan sedap, entahkan tidak..
Tapi yang pasti..
sup itu tidak same dengan sup urat keting dekat bangi,
dan sup itu juge tidak same dengan sup yg di buat oleh saya..

Semoga dengan sup yang di masak oleh cik Lely itu akan memberi zat kepadanya..
dan semoga zat itu mampu menyihatkan kembali cik lely yang disayangi..


Semoga cik Lely cepat sembuh setelah membaca entry ini,
~S.h.w.e.e.T~

Thursday, April 8, 2010

Damai Yang Hilang


Pergilah Resah,
Pergilah Gelisah,

Pergilah Cinta,
Pergilah Rindu.

Di mana lagi akan ku temu ketenangan,
Di mana lagi akan ku temu kebahagiaan,
Semuanya telah pergi dariku,
Seperti selalu.

Damai yang hilang,
Di mana lagi perlu ku cari,
Ke mana lagi harus ku terokai,
Bagaimana lagi untuk ku temui.

Runtun jiwa,
Menguak kabus gelora,
Jiwa kasih sedang membara,
Di bawa pergi berganti lara.

Tiada guna berair mata,
Menangisi kenangan yang kian membisu,
Pergilah cinta, pergilah rindu,
Andai tak bisa lagi kita bersatu.


"Masih sayang"

-s.h.w.e.e.t-

~~Warna Warni Kehidupan~~

Disini akan kucatatkan perjalanan hidupku.. Meniti lorong-lorong kehidupan yang tidak pernah ku tahu di manakah penghujungnya. Terkadang perjalanan itu sangat indah diwarnai pengalaman manis serta kenangan.. Namun, setiap yang indah itu juga pasti tidak akan kekal selamanya. Keindahan pasti akan datang dan pergi.. ia pernah datang dan ia juga pernah pergi, dan suatu hari nanti, ia akan datang dan akan pergi kembali, kerana itulah roda kehidupan. Takdir Allah kekadang untuk menguji, kekuatan hambanya.. Takdir Allah juga kekadang untuk membuatkan kita kembali berfikir sejauh manakah kita berusaha untuk menjadi hambanya yang terbaik..



Aku hanya insan biasa-biasa saje.. Namun aku tahu, aku punyai keistimewaan dan kekuatanku sendiri, tanpa perlu aku bertanya dan berharap ada insan lain yang menyatakan padaku.. Rahmat Allah itu sangat luas, tak terbatas oleh luasnya cakerawala.. Aku pasti dan sangat pasti Allah menyayangi aku.. Tapi aku?? Apa yang aku buat untuk menyatakan yang aku juga sayang Allah!! Namun, sejauh mana aku pergi, tanpa pernah aku lupa bahawa aku ini hambanya.. Seperit mana perjalanan hidupku, aku juga tidak akan lupa Allah itu tidak akan pernah menzalimi aku, makhluk yang disayangi.



Inilah kanvas hidupku.. yang akan aku coretkan, yang akan aku warnai dengan corak dan bentukku sendiri. Segala keindahan mahupun keperitan adalah ketentuan Allah yang di anugerahkan kepadaku, agar aku bisa berhenti, memerhati dan belajar untuk membetulkan kembali perjalananku.. Aku tidak perlu bersedih, kerana kepahitan itu akan bertukar menjadi tawar, dan tawar itu pastu akan berubah kembali menjadi manis.. manis untuk kukecapi bersama insan yang menyayangi aku. Kanvas hidupku pernah menjadi indah, begitu indah, sangat indah dan "tiada makna". Namun kerana aku yang mencorakkannya, maka aku akan pastikan aku tidak akan terus menangisi keperitan dan kepahitan.. tapi aku akan corakkan supaya ia akan terus menjadi indah sepanjang hidupku.



Rahsia Allah terlalu besar, terlalu sulit untuk aku dan kita semua fahami.. Namun aku akan terus mencuba untuk memahami supaya aku bisa menemui kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang tak mampu untuk kukecapi tanpa mencicipi rasa kehangatan cinta dan bahagia menghadapNya.. Allah yang menentukan perjalanan ini dan semoga SABAR menjadi kekuatan dan senjata yang paling besar untuk membantu aku berjalan dan berlari.. Ya Allah ampunkan dosaku..
Pengembara hidup,
~S.h.w.e.e.T~

Tuesday, April 6, 2010

~M.I.M.P.I~

mimpi kekadang adalah petunjuk..
mimpi juga kekadang adalah mainan tidur..
mimpi juga kekadang jelmaan jin dan syaitan..


tapi apekah tafsiran mimpi ini..



beberapa mlm yg lepas..entah mcm mane, aku telah bermimpi suatu yg sangat-sangat menggelikan hati bila bangun dr tido..

huhu, tetiba berada di suatu tempat yg asing untuk bertemu dengan "Mr. BEAN'', dan alangkah terkejutnya apabila diberitahu beliau telah memeluk agama Islam dan ingin datang ke Malaysia..apekah!!! lalu kelihatan riak beliau dgn muka "BEAN" nyer datang menghampiriku dengan memakai kopiah.. ampess..


'mainan tidurku'


apekah erti mimpi ini..huhu..

mungkin rindu kepada MR. bean.. nampak gaye, kene subscribe chanel cartoon la kat umah tuu..


Pemilik mimpi yang merepek,
... Shweet ...

Tagged from Tasya

Saya telah di tagged oleh T.A.S.Y.A buat pertama kalinye:



'ini tasya'
'diberi award ini'

hehe..sangat tidak sesuwai tasya ooi.. tp xpe la.. memandangkan dia telah menge'tagged' saya, maka saya menjawab la..


1) Thank & link the person that gave you the award.

Tenkiu so much ye .T.A.S.Y.A. kerana meng'tagged' saya.. adapon tagged ini bukan best sgt, tapi kerana keikhlasan anda meng'tagged' maka saya menerimalah dengan hati yg penuh terbuka..


2)Pass this onto 20 Bloggers that you've recently discovered and think are fantastic!

Huh..ini sgt susah..gimana sih..follower pn sorang..tu plak memang pemalas nk hapdet hehe.. so sesiapa yg ade membuka blog cikai ini, sile lah menjawab tagged ini tanpa perlu disuruh yerr!!hehe


3)Now contact / comment the above said bloggers, and scream! YOU'VE BEEN TAGGED!

uhukuhuk.. sakit tekak arr..cemane nk scream nih..huh, xpayah scream la ek..

~selesai~




ketiadaan mud,

... shweet ...


Thursday, April 1, 2010

Petang di Taman Burung

Tanpa cerita...
Suatu petang di Taman burung.. 28/03/10

'Lapar'



'Gelojoh'

'Colourful birds'

'Jinak'


'Unik'

'Banyak'




'Shweet'



'Gatal'





Sekian,
~S.h.w.e.e.t~

Wednesday, March 31, 2010

Cinta Membunuh!!

"sangat banyak"

Cinta,
Jangan pernah membunuh imanku,
Jangan pernah membunuh maluku,
Jangan pernah membunuh kehormatanku,
Jangan pernah membunuh ketaatanku.
Cinta,
Bunuhlah nafsu yang jahat itu,
Bunuhlah hasutan syaitan yang membelenggu,
Bunuhlah keinginan yang tidak pernah jemu,
Cinta,
Jangan biarkan hati terus layu,
Jangan biarkan jiwa membeku,
Jangan biarkan iman mengalir lesu.
Cinta,
Bawalah aku pergi, kedalam dakapan redha Rab ku..




Coretan kebosanan dari,
~shweet~

Dakwah Yang Berkesan

Marah yang terhenti oleh seekor kucing.. artikel daripada saifulislam yang sangat berkesan..



“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.


PETANG ITU


“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh...

Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.
Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.
Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.

Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyebabkan si kucing malang itu disepak?

Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!”


[Hadith riwayat al-Bukhari]


Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.

Tuesday, March 30, 2010

KL International Bookfair 2010..

Ahad yang lepas...

Tidak ketinggalan untukku mengunjungi KLIBF2010 pada hari terakhir.. manusia tersangatlah padat tidak terkira menyebabkan sukar untuk memakirkan si kembara itew.. melangkah aku ke bookfair bersama seseorang yang menggalas beg kura-kura yang akhirnya menjadi tempat landing sebahagian buku yg kubeli.. thn lepas bersame org laen, thn ni bersama org laen plak..haih..bak kate seorang teman yang tidak kurang gelojohnya, "byk sungguh scandal u ni us***ah" ayoyoyo.. sungguh bukan kupinta begini ~_^ tettt titik.. ini topic bookfair, bukan topic scandal yep..

Mencari dan terus mencari..


Di atas saranan seorang teman, aku mencari sebuah buku yang cukup bagus untuk dijadikan panduan hidup sepanjang hayat.. akhirnya ku temui di booth pertama yg kusinggahi.. ini hasilnya..


Buku fardhu ain, karangan Ustaz Ismail Kamus.


Alhamdulillah, berpuas hati dengan buku ni, kerana isi kandungannya sangat bagus berserta dengan ilustrasi yang bersesuaian untuk memudahkan pemahaman.. Kepada mereka yang inginkan kesempurnaan dalam melaksanakan syariat, adalah di alu-alukan untuk memiliki buku ini..

Buku ke 2 dan ke 3, juga merupakan target yang aku pernah letakkan untuk beberapa tahun yang sudah..namun tahun ini baru keinginan ku tercapai walau tidak sepenuhnya.. alhamdulillah, kini aku juga memiliki 2 jilid kitab fiqh mazhab syafi'e terbitan darussalam.. di harapkan aku berpeluang untuk mengumpul 12 jilid yang ada bg memudahkan lagi urusan rujukkan.. berikut adalah kitab nya..

Bab Jinayat, jilid 8.

Bab kekeluargaan, jilid 7.

Dan buku yang terakhir adalah dirahsiakan kerana ia bakal di hadiahkan kepada seseorang..ia hanya akan dipamerkan disini setelah tiba waktunya..

huhu, di harapkan buku-buku ini tidak hanya cantik tersusun di rak sahaja.. kegilaan membeli tidak boleh melebihi kegilaan membaca.. cintalah ilmu, nescaya ilmu akan membawa kita mengenal pencipta cinta..

sekian ~sayayangshweet~

Friday, March 26, 2010

Digeget

huh..sungguh saspen.
entahla, saspen sgt ke??

makhluk apekah agaknye yg tergamak menggeget shweet ni..
misteri sungguh bintik itu, sehingga menyebabkan kesengalan melanda pinggangku lantas mengundang juga kegatalan yang tidak ketahuan tempatnya di mana..

gatalgatalgatal
sengalsengalsengal

silih berganti,
menguji tahap kekuatan antibodi badanku..
masih belom demam..oh mungkinkah antibodiku gagah perkasa mampu melawan kekuatan bisa si penggeget..
di harapkan gatalsengalgatalsengal ini tidak mengundang padah yg berlarutan..huhu dan semoga gatalsengalgatalsengal ini akan pergi dengan sendirinya..

sekian laporan untuk hari ini..
yg benar,
shweet ^_~

Thursday, March 25, 2010

Bumi Sudah Tua..

Kiamat Sudah Dekat!! setiap hari mentari memancarkan sinarnya seolah-olah tiada lagi hari esok yang memerlukannya.. Namun, manusia masih lagi leka melakukan dosa (termasuk aku!!)

Hmm entry ini untuk diri aku sendiri, moga masih ade peluang untuk terus bernafas di bumi yang tua ini dan terus mengabdikan diri pada penciptaku..

So di sini terdapat 22 tanda-tanda kiamat untuk menyedarkan kita yang masih bernafas bahawa pintu taubat pasti akan tertutup bila sudah tiba masanya, dan masanya itu semakin hampir hari demi hari...

1. Sembahyang diabaikan (diringan - ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.








Supernova

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah s.w.t. itu sangat kerasnya.” (Al-Hajj : 1-2)

Tuesday, March 23, 2010

Hobbak ghaly 'alaya

New Look

i love patchwork,
so that i've used this patchwork as a background,
hope lepas ni makin bersemangat tuk hapdet..

~masih dalam proses penerokaan~

M.a.L.a.M

Malam seharusnya mendamaikan,
Malam seharusnya menenangkan,
Malam seharusnya merehatkan,
Malam seharusnya membahagiakan..

dan malam ini,
sangat mendamaikan,
sangat menenangkan,
sangat merehatkan,
sangat membahagiakan..

alangkah indah malam ini..

lalalala.. apekah!!

Monday, March 22, 2010

Masih baru walaupun dah Lame..

Masih baru dan terkial-kial..
ingin mencuba sesuatu yg baru biarpun kelihatan agak ketinggalan..
Biarkan, biarkan langkahku bermula setapak demi setapak..

Permulaan yang baru..

Assalamualaikum..

hmm akhirnya.. aku kembali..
entah mcm mane aku nak mewarnai blog ini..
kembalinya aku ke sini untuk menghapuskan perkara lalu yg pernah tercatat disini.. hmm biarlah ia berlalu, semoga untuk urusan yg akan dtg kita bisa menjadi yg terbaik dan lebih baik..

cik lely, time kasih kerana menerjah blog ini, yang membuatkan aku kembali ke dunia yg pernah aku terokai..

welkam aida.. welkam to the bloging world..