Entry khas to ...
Dia sedang memilih jalan,
Jalan yang terbaik untuk hidupnya,
Jalan yang akan membawa kebahagiaan,
Jalan yang akan menganugerahkan ketenangan.
Dia sedang memilih jalan,
Namun jalan itu telah menjadi berliku,
Dan dia memerlukan kekuatan,
Untuk membuat pilihan.
Dia sedang memilih jalan,
Antara pilihan hati atau pilihan keluarga,
Dan dia tercari-cari jawapan,
Kerana cintanya pada manusia untuk mencari cinta yang Esa.
Kepada dia yang sedang memilih jalan,
Hanya ini yang mampuku titipkan,
Apa pun laluan yang bakal dipilih,
Segalanya telah ditentukan olehNya,
Dia yang memberi kebahagiaan,
Dia juga menganugerahkan kedukaan,
Semua itu bergelar ujian,
Cinta itu ujian,
Kecewa itu juga ujian,
Siapa jua jodoh kita,
Ia tetap menjadi rahsiaNya,
Kita usahakan untuk menggapai bahagia,
Namun dia juga yang menentukan bahagia untuk kita.
Munajat kita untuk bertemu bahagia,
Kita kongsikan bersama,
Menjadikan ia kenangan indah tercipta dalam persahabatan,
Erti kegembiraan mahupun kedukaan telah kita perbahaskan,
Berbahagi rahsia juga berkongsi rasa cinta,
Semoga perasaan indah ini akan mengingatkan kita pada kenangan,
Mengingatkan kita kepada Dia yang mencipta cinta,
Kita pasrahkan dan kita redha,
Semoga bahagia itu tetap menjadi milik kita.
♫♪ Shweet yang bahagia ♫♪
2 comments:
terima kasih sis ai.. nak nanges plops.... terharu + sedeyh
thx 4 always being a good listener and adviser... =)
~sharing is caring~
Post a Comment