Wednesday, November 23, 2011

Penantian berakhir..

yuhuuuu..dah xpayah nk merindu lame2 lagi..
Berakhir penantian selepas mcm2 benda berlaku dalam tempoh tu..
Puas hati dapat masak untuk dia walaupun penat sangat..
Sekarang menunggu untuk 2nd Honeymoon plak, yeeehaa semoga berjalan lancar..

Sunday, November 6, 2011

Erti pengorbanan..

Salam Iduladha..

Simbolik kepada hakikat sebuah pengorbanan seorang bapa kepada Penciptanya.. Subhanallah suatu yang sangat bernilai untuk aku pelajari dan fahami..

Hidup dan Pengorbanan, ia suatu yang agak sinonim.. penting untuk aku pelajari.. Hari ini, umat Islam yang menunaikan Haji telah sampai dikemuncak proses ibadah mereka. Manakala di tempat lain, rata-rata masyarakat muslim sedang menjalani ibadah korban sebagai simbol pengorbanan yg dilakukan oleh Baginda Nabi Ibrahim s.a.w. Bagiku, tahun ini banyak mengajar aku erti pengorbanan dalam kehidupan. Statusku sebagai seorang isteri tentera benar-benar memerlukan aku menghayati erti pengorbanan ini. Subhanallah kata 'PENGORBANAN' memang mudah untuk dipertuturkan oleh sesiapa sahaja, namun bagi yang terpasa melakukannya tuhan sahaja yang mengetahui.

Bercakap tentang pengorbanan, ia juga memerlukan sekelumit rasa cinta yang tidak berbelah bahagi sepertimana cinta yang dimiliki oleh Ibrahim a.s terhadap tuhannya. Pengorbanan demi cinta.. itulah yang selayaknya untuk kita justifikasikan terhadap perbuatan baginda yang sanggup mengorbankan Ismail a.s, anakandanya yang dikasihi. Dalam kehidupanku, aku telah memiliki insan yang sangat aku cintai.. dugaan demi dugaan yang aku lalui untuk memiliki cinta ini membuatkan aku merasa begitu bahagia. Namun di sebalik kebahagiaan itu, aku terpaksa berkorban kerana 'cinta' aku ini merupakan insan yang juga diperlukan oleh agama dan negara. Di sinilah terletaknya nilai pengorbanan sebenar seorang isteri yang terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya harus merelakan perpisahan sementara untuk kepentingan orang lain. Mungkin suatu yang remeh bagi mereka yang tidak pernah melaluinya atau sudah terbiasa dengannya. Namun bagiku ia suatu pengorbanan besar yang baru untuk aku pelajari.

Sempena hari yang penuh dengan erti pengorbanan ini, aku memohon kepada Dia yang maha mendengar. Aku hanya insan yang lemah, aku memerlukan kekuatan dan kesabaran untuk melalui liku-liku hidupku. Aku sangat memerlukan kekuatan dan kesabaran untuk memahami erti pengorbanan ini.. Segalanya perlu aku lalui.. hari-hari yang sepi..hari-hari yang sunyi.. demi cintaku padanya.. Aku belum kuat untuk menerima keadaan ini, namun aku amat berharap yang dia juga akan memahami hati dan jiwa seorang isteri sepertiku yang sering mengharapkan keberadaannya disisi. Aku benar-benar berharap dia mampu untuk mengukir hari-hari indah untuk aku abadikan dalam hidupku.. Di pagi Aidiladha ini, aku sendirian, merenung diriku sendiri, mencari sekelumit rasa untuk aku pahatkan sebagai kenangan meraikan hari raya ke 2 terbesar bagi umat Islam. Namun yang aku temui, hanyalah diriku sendiri yang sedang menanti kepulangan seorang suami yang dirindui.. Semoga hari-hari yang akan datang akan menemukan aku dengan saat indah untuk aku bingkaikan dalam album kenanganku.. dan semoga hari-hari yang mendatang juga bukanlah hanya hari-hari yang membosankan kerana terpaksa menatap sekujur tubuh yang lena keletihan sepanjang hari..

Ini adalah sebahagian sisi hidupku setelah bergelar sebagai seorang isteri.. apa yang bakal aku lalui, aku sendiri tidak pasti.. namun apa yang aku pasti ialah Allah maha mengetahui..


~ kenangan terindah~


~S.h.W.e.E.t.y.A.n.G.t.E.r.k.O.r.B.a.N~