“AKU TAK PERLU APA-APA LAGI DALAM HIDUP INI”
Siapakah yang boleh mengatakan sedemikian?
Kaya atau miskin, hidup pasti perlu dibantu. Siapakah di antara kita yang dapat menjamin kesejahteraan hidup untuk hari esok? Selagi ada yang mengharap, itulah yang dinamakan manusia. Makhluk yang lemah dan memerlukan bantuan Allah.
Bagaimanakah hendak mendapat bantuan agar hidup kita dicukupkan rezeki di sepanjang kehidupan?
Mari kita ikut Nabi dengan cara melaksanakan SOLAT DHUHA.
Rasulullah Bersabda:“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat”.
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Nabi telah berpesan kepada kita, sekarang kita lihat pula apa kata Allah dalam sebuah hadis Kudsi ini:
“Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan, “Wahai Anak Adam. Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu”.
(Hadis Riwayat Ahmad & Abu Ya’la)
Kata-kata Allah adalah janji, jika ALLAH berjanji pasti dan pasti akan dimakbulkan.
"JIKA KAMU MISKIN"
“Ustaz. Saya susah sangat Ustaz. Tiap-tiap hari makan tak cukup. Anak-anak pulak degil tak nak dengar kata. Saya rasa macam dah tak bermakna lagi hidup ini”, mengadu seorang pemanggil dalam rancangan MHI kepada tetamu jemputan MHI pada hari itu.
“Sabar Puan. Kita tak boleh berputus asa dengan hidup ini. Saya cadangkan Puan amalkan solat dhuha setiap hari. Allah Subhanahu Wa Taa’la memberi fadhilat bahawa solat Dhuha akan menyelesaikan masalah Puan. Insya-Allah”, jawab Ustaz dengan tenang.
Solat menyelesaikan masalah manusia. Masalah rezeki dan keperluan hidup. Kebanyakkan manusia hanya akan solat dan berdoa kepada Allah apabila sudah berputus asa dengan usahanya. Sepatutnya Tawakal yang paling akhir selepas berusaha, doa perlu diawalkan sebelum melaksanakan sesuatu.
"GANJARAN DUNIA DAN AKHIRAT"
Dalam satu sabda Nabi Solallahu A’laihi Wasalam:
"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa. "
"Sesiapa yang mengerjakan 4 rakaat Solat Dhuha, dia dicatat sebagai orang yang kuat beribadah."
"Sesiapa yang mengerjakan 6 rakaat Solat Dhuha pada hari itu keperluannya akan dicukupi Allah."
"Sesiapa yang mengerjakan 8 rakaat Solat Dhuha, Allah akan masukkan ke dalam golongan yang tunduk serta menghabiskan seluruh waktunya untuk beribadat."
"Sesiapa yang mengerjakan 12 rakaat Solat Dhuha, Allah akan bangunkan baginya sebuah istana indah di dalam syurga."
~~~~~~
Maha Suci Allah yang Maha Pemurah. Dengan hanya 2 rakaat, Allah berikan ganjaran yang sangat luar biasa kepada hamba-Nya. Solat Dhuha sering dikaitkan dengan ganjaran di dunia (dicukupkan keperluan hidup). Tetapi, Allah bagi lagi ganjaran di akhirat juga!
“Rasulullah bersabda,”Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, ‘Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Kesimpulannya, sangat tidak rugi jika kita mengamalkan solat Dhuha setiap hari kerana banyak fadhilatnya. Namun, walaupun kita berdoa dan solat tetapi tidak berusaha, rezeki itu sukar diperolehi kerana Allah hanya mengubah nasib seseorang apabila mereka berusaha mengubah nasib mereka.
“Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha Itu Dhuha-Mu. Kecantikkannya Kecantikan-Mu, Keindahannya Keindahan-Mu, Kekuatannya Kekuatan-Mu, Kekuasaannya Kekuasaan-Mu, Perlindungannya Perlindungan-Mu. Ya Allah Jika Rezeki Masih Di Langit Turunkanlah, Jika Di Bumi Keluarkanlah, Jika Sukar Permudahkanlah, Jika Haram Sucikanlah, Jika Jauh Dekatkanlah. Berkat Waktu Dhuha-Mu, Kecantikan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan-Mu, Kekuasaan-Mu.. Limpahkan Kepadaku Segala Yang Telah Engkau Limpahkan Kepada Hamba-Hamba-Mu Yang Soleh.. Amin..”
Semoga kita dapat sama-sama mengamalkan solat Dhuha ini secara istiqamah. Solat sebagai tanda kasih dan sayang kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la. Insya-Allah.
~S.h.W.e.e.T.y.A.n.g.I.n.s.A.f~