Wednesday, December 28, 2011

Cinta muka Buku

Kisah cinta muka buku ni mcm xdekaitan la ngen diri sendiri, tapi saje nk share kat sini supaya remaja-remaja kat luar sana jgn diperdayakan oleh lagu ni..xsemuanya akan berakhir indah seperti lagu ni..hmm..

Bila diperhatikan betul-betul lirik nye, memang boleh merosakkan cara berfikir remaja2 yang masih belum matang kat luar sane.. Ye la bg setengah org suke dengar sbb cara nyanyian si Najwa ni mcm bersahaja jer.. lagu ni pn mcm xsusah sgt la kalo nk dinyanyikan.. tp bukan itu persoalan penting nye.. yang patut diingatkan tntng mesej yang disampaikan melalui lagu ni, itu yang perlu dibimbangi takut2 remaja2 sane mudah terjebak dengan cinta2 muka buku ni..

Kalo merujuk fenomena MUKABUKU dikalangan masyarakat malaysia skrng, ia bagai dijadikan landasan untuk pelbagai aktiviti jenanyah dan penipuan termasuklah digunakan oleh AWANG HITAM LEGAM yang banyak memperdayakan wanita 'cerdik' di Malaysia sekarang ni.. seriously, memang kene berhati-hati dengan fenomena cinta muka buku ni, xboleh nk diikut sebagaimana lirik lagu tersebut yang nampak mcm shweet sangat..

Dan sebagai alternatif, saya mencadangkan lagu cinta muka buku version lain plak seperti dibawah.. Hmm silalah klik butang PLAY tu kalo nk tahu best ke tak lagu ni.. hehe ^_^




~.S.h.w.e.e.t.Y.A.N.G.b.e.r.h.a.t.i.h.a.t.i.~

Wednesday, December 21, 2011

update

Ape la nk jadi..hapdet sebulan skali..hehe..byk cite, cuma rs mcm tatau nk tulis ape..konon je la..

Hmm skrng ni dah masuk ujung tahun..ape yg best tentang ujung tahun adelah BONUS bak kate kwn ofis, vitamin B yang akan bg energy untuk menuju tahun yg baru..hehe berape la BONUS kali ni agaknye ye.. saspen sungguh!

Next week ni, insyaallah balik Tganu..tp nk mengharapkan encik suami, hmm tah la xleh cuti manjang alasan nye.. xpe ye en.suami bia pn.isteri ni balik sendiri ajer.. ^_~ rs mcm sonok plak nk balik ni haa.. masuk ni kali ke 3 dah balik Tganu selang 2 minggu..bley dikatakan kerap gak la.. next month pn nk balik jgk maklumlah suami dah nk masuk operasi..ape lagi isterinye balik la kg byk2 kali..hehehe

hmm mcm tu la kehidupan isteri askar.. xpe la..ade lg org lain yg lg teruk keadaannye.. bersyukur dengan kurniaan Allah..tp nanges tetap nanges..huu

^_~
s.H.w.E.e.T.y.A.n.G.M.a.n.J.A.

Wednesday, November 23, 2011

Penantian berakhir..

yuhuuuu..dah xpayah nk merindu lame2 lagi..
Berakhir penantian selepas mcm2 benda berlaku dalam tempoh tu..
Puas hati dapat masak untuk dia walaupun penat sangat..
Sekarang menunggu untuk 2nd Honeymoon plak, yeeehaa semoga berjalan lancar..

Sunday, November 6, 2011

Erti pengorbanan..

Salam Iduladha..

Simbolik kepada hakikat sebuah pengorbanan seorang bapa kepada Penciptanya.. Subhanallah suatu yang sangat bernilai untuk aku pelajari dan fahami..

Hidup dan Pengorbanan, ia suatu yang agak sinonim.. penting untuk aku pelajari.. Hari ini, umat Islam yang menunaikan Haji telah sampai dikemuncak proses ibadah mereka. Manakala di tempat lain, rata-rata masyarakat muslim sedang menjalani ibadah korban sebagai simbol pengorbanan yg dilakukan oleh Baginda Nabi Ibrahim s.a.w. Bagiku, tahun ini banyak mengajar aku erti pengorbanan dalam kehidupan. Statusku sebagai seorang isteri tentera benar-benar memerlukan aku menghayati erti pengorbanan ini. Subhanallah kata 'PENGORBANAN' memang mudah untuk dipertuturkan oleh sesiapa sahaja, namun bagi yang terpasa melakukannya tuhan sahaja yang mengetahui.

Bercakap tentang pengorbanan, ia juga memerlukan sekelumit rasa cinta yang tidak berbelah bahagi sepertimana cinta yang dimiliki oleh Ibrahim a.s terhadap tuhannya. Pengorbanan demi cinta.. itulah yang selayaknya untuk kita justifikasikan terhadap perbuatan baginda yang sanggup mengorbankan Ismail a.s, anakandanya yang dikasihi. Dalam kehidupanku, aku telah memiliki insan yang sangat aku cintai.. dugaan demi dugaan yang aku lalui untuk memiliki cinta ini membuatkan aku merasa begitu bahagia. Namun di sebalik kebahagiaan itu, aku terpaksa berkorban kerana 'cinta' aku ini merupakan insan yang juga diperlukan oleh agama dan negara. Di sinilah terletaknya nilai pengorbanan sebenar seorang isteri yang terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya harus merelakan perpisahan sementara untuk kepentingan orang lain. Mungkin suatu yang remeh bagi mereka yang tidak pernah melaluinya atau sudah terbiasa dengannya. Namun bagiku ia suatu pengorbanan besar yang baru untuk aku pelajari.

Sempena hari yang penuh dengan erti pengorbanan ini, aku memohon kepada Dia yang maha mendengar. Aku hanya insan yang lemah, aku memerlukan kekuatan dan kesabaran untuk melalui liku-liku hidupku. Aku sangat memerlukan kekuatan dan kesabaran untuk memahami erti pengorbanan ini.. Segalanya perlu aku lalui.. hari-hari yang sepi..hari-hari yang sunyi.. demi cintaku padanya.. Aku belum kuat untuk menerima keadaan ini, namun aku amat berharap yang dia juga akan memahami hati dan jiwa seorang isteri sepertiku yang sering mengharapkan keberadaannya disisi. Aku benar-benar berharap dia mampu untuk mengukir hari-hari indah untuk aku abadikan dalam hidupku.. Di pagi Aidiladha ini, aku sendirian, merenung diriku sendiri, mencari sekelumit rasa untuk aku pahatkan sebagai kenangan meraikan hari raya ke 2 terbesar bagi umat Islam. Namun yang aku temui, hanyalah diriku sendiri yang sedang menanti kepulangan seorang suami yang dirindui.. Semoga hari-hari yang akan datang akan menemukan aku dengan saat indah untuk aku bingkaikan dalam album kenanganku.. dan semoga hari-hari yang mendatang juga bukanlah hanya hari-hari yang membosankan kerana terpaksa menatap sekujur tubuh yang lena keletihan sepanjang hari..

Ini adalah sebahagian sisi hidupku setelah bergelar sebagai seorang isteri.. apa yang bakal aku lalui, aku sendiri tidak pasti.. namun apa yang aku pasti ialah Allah maha mengetahui..


~ kenangan terindah~


~S.h.W.e.E.t.y.A.n.G.t.E.r.k.O.r.B.a.N~

Monday, October 31, 2011

Anda bila lagi...??


“AKU TAK PERLU APA-APA LAGI DALAM HIDUP INI”



Siapakah yang boleh mengatakan sedemikian?

Kaya atau miskin, hidup pasti perlu dibantu. Siapakah di antara kita yang dapat menjamin kesejahteraan hidup untuk hari esok? Selagi ada yang mengharap, itulah yang dinamakan manusia. Makhluk yang lemah dan memerlukan bantuan Allah.

Bagaimanakah hendak mendapat bantuan agar hidup kita dicukupkan rezeki di sepanjang kehidupan?

Mari kita ikut Nabi dengan cara melaksanakan SOLAT DHUHA.


Rasulullah Bersabda:“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat”.

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)


Nabi telah berpesan kepada kita, sekarang kita lihat pula apa kata Allah dalam sebuah hadis Kudsi ini:
“Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menyatakan, “Wahai Anak Adam. Cukuplah Aku dengan melakukan empat rakaat solat Dhuha pada pagi hari, maka Aku pasti mencukupi keperluan mu pada akhir hayatmu”.

(Hadis Riwayat Ahmad & Abu Ya’la)


Kata-kata Allah adalah janji, jika ALLAH berjanji pasti dan pasti akan dimakbulkan.


"JIKA KAMU MISKIN"


“Ustaz. Saya susah sangat Ustaz. Tiap-tiap hari makan tak cukup. Anak-anak pulak degil tak nak dengar kata. Saya rasa macam dah tak bermakna lagi hidup ini”, mengadu seorang pemanggil dalam rancangan MHI kepada tetamu jemputan MHI pada hari itu.

“Sabar Puan. Kita tak boleh berputus asa dengan hidup ini. Saya cadangkan Puan amalkan solat dhuha setiap hari. Allah Subhanahu Wa Taa’la memberi fadhilat bahawa solat Dhuha akan menyelesaikan masalah Puan. Insya-Allah”, jawab Ustaz dengan tenang.

Solat menyelesaikan masalah manusia. Masalah rezeki dan keperluan hidup. Kebanyakkan manusia hanya akan solat dan berdoa kepada Allah apabila sudah berputus asa dengan usahanya. Sepatutnya Tawakal yang paling akhir selepas berusaha, doa perlu diawalkan sebelum melaksanakan sesuatu.


"GANJARAN DUNIA DAN AKHIRAT"

Dalam satu sabda Nabi Solallahu A’laihi Wasalam:

"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak dicatat dalam kelompok orang yang lupa. "

"Sesiapa yang mengerjakan 4 rakaat Solat Dhuha, dia dicatat sebagai orang yang kuat beribadah."

"Sesiapa yang mengerjakan 6 rakaat Solat Dhuha pada hari itu keperluannya akan dicukupi Allah."

"Sesiapa yang mengerjakan 8 rakaat Solat Dhuha, Allah akan masukkan ke dalam golongan yang tunduk serta menghabiskan seluruh waktunya untuk beribadat."

"Sesiapa yang mengerjakan 12 rakaat Solat Dhuha, Allah akan bangunkan baginya sebuah istana indah di dalam syurga."

~~~~~~

Maha Suci Allah yang Maha Pemurah. Dengan hanya 2 rakaat, Allah berikan ganjaran yang sangat luar biasa kepada hamba-Nya. Solat Dhuha sering dikaitkan dengan ganjaran di dunia (dicukupkan keperluan hidup). Tetapi, Allah bagi lagi ganjaran di akhirat juga!

“Rasulullah bersabda,”Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, ‘Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.”

(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Kesimpulannya, sangat tidak rugi jika kita mengamalkan solat Dhuha setiap hari kerana banyak fadhilatnya. Namun, walaupun kita berdoa dan solat tetapi tidak berusaha, rezeki itu sukar diperolehi kerana Allah hanya mengubah nasib seseorang apabila mereka berusaha mengubah nasib mereka.



“Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha Itu Dhuha-Mu. Kecantikkannya Kecantikan-Mu, Keindahannya Keindahan-Mu, Kekuatannya Kekuatan-Mu, Kekuasaannya Kekuasaan-Mu, Perlindungannya Perlindungan-Mu. Ya Allah Jika Rezeki Masih Di Langit Turunkanlah, Jika Di Bumi Keluarkanlah, Jika Sukar Permudahkanlah, Jika Haram Sucikanlah, Jika Jauh Dekatkanlah. Berkat Waktu Dhuha-Mu, Kecantikan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan-Mu, Kekuasaan-Mu.. Limpahkan Kepadaku Segala Yang Telah Engkau Limpahkan Kepada Hamba-Hamba-Mu Yang Soleh.. Amin..”




Semoga kita dapat sama-sama mengamalkan solat Dhuha ini secara istiqamah. Solat sebagai tanda kasih dan sayang kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la. Insya-Allah.

~S.h.W.e.e.T.y.A.n.g.I.n.s.A.f~

Thursday, October 13, 2011

Waiting

Assalamualaikum..

Penat nye malam ni ditambah pulak dengan mengantuk.. Penat, balik keje lipat baju, ngemas umah, masak lagi.. hmm mcm surirumahtangga la plak. Maklumlah mak mertua nk datang.. huuu bertuah nye menantu nan satu ni, tggu mak mertua nk dtg baru nk lipat baju sebakul.. :P Dah la esok nk gi study kat UM plak.. harapnye xlentok dalam lib la.. hoho.. hmm cau cincau dulu.. len kali la hapload gambar umah yg dah kemas tuu..penat ar..lambat pulak diorang ni sampai..da ngantuk ni..tido kang haa..


~_~
~S.h.w.e.e.t.y.a.n.g.n.g.a.n.t.u.k~

Tuesday, October 11, 2011

Santapan ke sentapan ek?

Alhamdulillah, dinner malam ni sungguh simple dan shedaps..xpayah pakai megi cukup rasa pon.. hehe ^_^
tapi malangnye makan sensorang je..sobsob
xpe la nk buat mcm mn kan..

......

hmm ni la santapan malam ni.. :P




dan yg ni plak?? sentap je la kot?? ^_~





oiitt nape besau plak gambarnyer neh..hehe rasa cam lapa balik la plak..ngehngeh.. isk xblexble nnti kang jd gelembung mcm belon plak kang perot ni.. yg ni kene tggu en. suami balik la.. shedap betul la nmpak makanan yang mengandungi byk penyakit neh.. xpe la, bukan selalu kan.. hmm nanti da dpt yg real, mesti letak gamba real kat sini plak.. kdg2 gamba je nmpak menggoda, yg real punye, kecut semacam jer..hehehe.
cam ngidam la plak.. padahal perot mengandungkan lemak jer,bukan beby pown.. :P

~ShWeeTyaNgBerLemAk~
:P

Monday, October 10, 2011

Malam ini

Salaaam..


Malam ni, tergerak hati nak update blog.. dah sebulan lebih ditinggalkan tanpa cerita terkini.. Hidup berjalan seperti biasa, cuma berubah sikit menjadi "weekend husband n wife".. huhu sangat tidak best.. syukur la, tinggal lagi dua minggu je untuk aku counting days starting every monday.. lepas next 2 week dh x de nak counting2 days lagi.. ngee.. ^_^

Abg, pergi kursus kat PD, tapi rasa mcm jauh jer.. setiap weekend dia balik, tapi rasa mcm lame jer.. adat la org bercinta kan.. dah kawen, makin hangat rasanye cinta ni.. Syukur pada pemilik cinta Hakiki yang melimpahkan perasaan ini untuk kami..

Ayat-ayat cinta abg yg membuatkan aku sgt tersentuh.. it's a big suprise for me..
(*abaikan background yg xcantik..huhu*)

Penantian kami dalam hidup ni masih lagi tiada penghujungnya.. semoga ada rezeki untuk kami nanti.. doakan kami yer.. Memang kami baru je kawin tapi yer la, setiap pasangan yang berkahwin normalnya pasti mahukan zuriat.. Dia maha mendengar dan mengetahui, semua tu rahsia dia.. So kami perlu bersabar kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.. kadang-kadang tersentuh gak hati, mendengar berita gembira dari teman2.. tapi aku faham tiada apa yang perlu aku sedihkan kerana semua tu kerja Allah yang Maha memberi rezeki.. Kami akan terus menanti dan semoga akan terus diberi kekuatan..



Hmm.. rasa rindu plak.. baru semalam dia balik PD.. counting days lagi la till this friday.. Merajuk-merajuk pun masih rindu.. ye la sape lagi nk dirindukan kalo bukan suami sendiri.. huhu.. Abg, sayang rindu abg.. biar abg xpernah bc blog syg ni pn, syg tetap nk gitau yg syg syg abg.. Syg harap abg akan terus faham syg.. huhu.. sib baek blog ni tade org baca, so ble la nk meluahkan perasaan kat sini.. ngehngeh..

*muka xreti senyum..tapi saya tetap rindu dia..hoho*

Abg balik la cepat yer :P

S.h.w.e.E.t.Y.a.n.G.R.i.n.D.u.A.b.a.N.g.

Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah..

Syukur padaNya kerana diberi kelapangan untuk menyelesaikan 1 urusan yg selalu ajer mengusutkan fikiran aku.. Bile teringat jer benda nan satu ini, pasti hati rasa keluh kesah jer.. huhu.. Org lain semangat, tp aku ni asik rasa gelisah jer bile teringatkan hal MA aku yang xberkesudahan lagi ni.. Alhamdulillah, dapat pegi UM jumpa Umie.. Umi sangat supportive dan banyak membantu aku dengan urusan MA aku ni.. Tapi mcm tu la.. nak dapatkan mood belajar ni bukan nyer mudah.. tapi bergantung pd individu jugak la.. cuma aku ni ajer mcm payah sikit, mybe sbb minat tu tak 100% kot.. nak kene mengadap Umie, mengadap buku2 n tesis2 kat library, baru lah nak ade semangat sket..

Dah kawen ni, maklum sajer lah.. byk benda nk dipikirkan sblm kluar umah.. Alhamdulillah jgk suami seorang yg memahami.. Sume benda kelihatan mudah bagi aku sebenarnya cuma minat tu, aku sendiri yg kene pupuk..xble nak harapkan pada org lain.. Semoga Allah bagi kekuatan.. Hari ni kurang sikit rasa gelisah nak mengadap semester baru bila dah jumpa Umie a.k.a Supervisor tesis.. Semoga Allah kuatkan semangat aku dan dipermudahkan untuk aku menyelesaikan ape yg telah aku mulakan ini... Harap2 sempat collect data sebelum Mr. Suami kesayangan posting kemane-mane..

Dah balik dari UM, sempat jugak aku selesaikan satu lagi tuntutan seorang anak sempena aidilfitri ni..huhuhu.. Alhamdulillah harap-harap ok-ok ajer.. kalo tak, mmg rezeki aku jugak ler hehe.. hmm pastu balik cecepat sbb En. Suami dah sampai kat umah.. xbest la kalo suami kat umah tapi isterinye belum balik-balik lagi.. so balik umah dan prepare untuk berbuka plak.. simple2 sudaa.. hari ni lemak ciliapi tenggiri ngen sayur campur ajer.. nak best2 gi bazarr la.. huhu.. ni sume gara2 nk mengabiskan stock bahan basah dalam peti sebelum balik kg..

hmm so nk gi masak plak.. orait..!

||... S.h.w.e.E.t Y.a.N.g P.e.N.aT...||



Tuesday, August 23, 2011

Bulan puasa..

Hmm bulan puasa ni byk betul dugaan Allah bg.. tapi banyak jugak aku gain pahala, compare dengan ramadhan tahun lalu agaknye.. maklumlah ibadah orang yang dah kawen Allah gandakan pahalanye berbading yang belum kawen.. so insyaallah rahmat Allah bertambah2 dan semoga jauh dari kemurkaanNya.. ^_^

Di awal-awal puasa, rasa rajin gak nak masak-masak..tapi dah hujung2 ni macam malas2 dah nak masak..masak pn simple2 jer..hehe.. xpe, yang penting si suami telan je n xkomplen pape.. cuma kalo bukan selera dia, dia xmakan byk la.. yg aku plak, masak ape ajer, mesti menambah makannyer..xtahu la mcm mn lg 1/2 tahun nnti..huhu..tahtah xsampai setahun pn dah jd mcm belon..ngehngeh..

Keje mcm biasa, ade la kelas sikit2..tp lately jugak, asik bangun lambat ajer nk gi keje..last2 ptg br masuk..Alhamdulillah kehidupan berjalan mcm biasa cuma kerja dirumah bertambah la.. sahur pn kene pikir nk masak ape..kalo x, ade je yg sahur mkn cococrunch jer nnti..stock cococrunch kat umah tu plak, xpernah xde.. ngalahkan rumah yg ade budak2 jer..hehe

Hmm tu la pengalaman berpuasa sebagai isteri org.. kadang2 ade angin, kadang2 ade snow, tp matahari suam2 kuku jer..hehe berkat Ramadhan.. semoga Allah beri kekuatan pada hati ni nak menempuhi dugaan2 rumahtangga ni.. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnye..

Ya Allah, cucuri RahmatMu ke atas rumahtangga kami..ameen..

~S.h.W.e.eT.i.S.t.e.R.i.O.r.A.n.G~


Monday, August 8, 2011

Sebuah Ulangtahun Kelahiran..


Selamat hari Lahir Aida..!! selamat hari Lahir Ustazah..!!

Alhamdulillah ingatan dari sahabat dan student sedikit sebanyak menggembirakan hati biarpun hakikatnye fb jer yang mengingatkan..


Greetings for myself..
Make birthday happiness complete..?


Sedetik makin dekat dengan kematian.. Tiada apa untuk digembirakan dengan hari lahir.. Cuma untuk kehidupan akan datang, semoga doa dari semua akan dimakbulkan Allah berkat Ramadhan yg mulia ini..

Tiada yang istimewa.. masih seperti dulu.. cuma bezanya ade ucapan istimewa dari insan yang juga istimewa tempatnye dihati ni.. Thanks Abang.. biarpun tanpa hadiah, sayang hargai ucapan istimewa dari abang.. Tapi sedih.. hanya ucapan, tanpa doa untuk sayang dengar dan tahu..


Craving for birthday cake..


and
...
........
..............

Birthday present..

but.. nothing..


only

Alhamdulillah atas nikmatnya..


Mood pada hari ini banyak terjejas.. air mata keluar mengenangkan perkara-perkara yang kadang-kadang menyakitkan dan melukakan hati.. tidak perlu disebutkan disini, cuma terasa diri seperti masih terkapai-kapai sendiri.. susah yang hanya diri sendiri je yang merasa.. bertambah kusut bila terpaksa pergi hospital atas usaha sendiri.. Saya membesar dengan berdikari, dan sampai sekarang saya masih perlu dan kene terus berdikari a.k.a berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharap pada orang lain.. segala perlu diuruskan sendiri..!!

Memang hari lahir bukanlah hari untuk digembirakan.. tetapi hari yg seharusnya mengingatkan yang kita perlu sayang diri sendiri.. Sayang diri sendiri supaya kita akan terasa betapa berharganya setiap detik nyawa yang diberikan olehNya.. Sampai bila? Wallahua'lam.. Semoga masih ade Ulangtahun yang akan datang untuk diri sendiri kerana terasa masih belum puas menyayangi diri sendiri..

Doa ku..

*i.n.i.b.u.k.a.n.s.h.w.e.e.t*



Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiranku yang ke 28 ini, ku bersyukur atas limpah rahmat dan kasih sayangMu.. Sehingga detik ini, aku masih mampu merasa nikmat iman padaMu.. mampu menghirup segar udara disekelilingku, menikmati kebahagiaan disisi suamiKu.. Aku juga bersyukur atas rezeki ihsan dariMu serta limpahan kasih sayang ibu bapaKu..

Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiranku ini.. aku memohon agar dikekalkan kebahagiaan rumahtangga kami hingga kesyurga.. Engkau kekalkan kasih sayang yang telah kami bina dengan air mata ini agar ia tidak akan pernah luput dari hati kami.. Engkau permudahkanlah segala kesulitan dalam hidup kami, Engkau lapangkanlah rezeki kami.. dan Engkau kurniakan kepada kami zuriat dan cahaya mata yang akan menambahkan kebahagiaan kami..

Ya Allah.. ya Rahman.. Kau jauhkanlah kehidupanku dari kesempitan, jauhkan hidupku dari hasad dengki manusia, jauhkan hidupku dari bisikan syaitan yang membinasakan.. lindungilah kami dari belenggu kesusahan dan kesengsaraan..

Ya Allah, pada hari ini juga ramai insan yang mendoakanku.. kau perkenankanlah doa mereka dan kau limpahkan rahmatMu juga ke atas kehidupan mereka.. berikanlah taufik dan hidayahMu kepada kami untuk mencari redhaMu dalam kehidupan ini.. Andai ada kebaikan, engkau jadikanlah setiap impian kami menjadi kenyataan.. Maha suci Allah yang Maha pengasih dan penyayang.. Ameen..


||..H.a.P.p.Y.B.i.R.T.h.D.a.Y.S.h.W.e.E.t..||


Sunday, July 31, 2011

selamat Berpuasa

Hmm ramadhan dah bermula.. Bulan yang seharusnya menjadi tumpuan umat islam melakukan pesta ibadah.. Tapi trend sekarang, Ramadhan seolah2 menjadi tapak untuk umat islam berniaga.. Alhamdulillah berniaga merupakan sunnah nabi dan Ramadhan juga menjadi bulan yang sesuai untuk melakukan sunnah nabi yg satu ini.. Apepun semoga peniaga2 ni tidak mengabaikan yg wajib dan juga sunnah yg selebihnye..

Hari ni hr ke 2 saye berpuasa.. harap2 kesempatan Ramadhan kali ni menjadi lebih baik dari sebelumnye.. Alhamdulillah jugak, Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan pertama sebagai seorang isteri.. sudah pasti ia akan menganugerahkan pahala yg lebih banyak.. makin byk kerja, maka makin banyak lah pahala yg saye dapat.. Syukur padaNya dengan anugerah ini.. Harapan ku agar setiap yg mendatang akan menjadi lebih baik untukku.. dan xlupa juge Ramadhan ini menjadi medan untuk byk2 berdoa supaya dapat zuriat.. Ameen ^_^

S.h.w.e.e.t yang B.e.r.p.u.a.s.a

Wednesday, July 27, 2011

Saya dah buat keputusan...

Hmmm..tapi, keputusan ape ye puan..?? hehe

Keputusan saya adalah, saya tak akan privatekan blog ni.. saya akan biarkan sesiapa sahaja yang sudi melihat kisah hidup saya jika dia mahu.. saya juga tidak akan dilit mane2 entry kenangan lalu yg pernah tertulis disini.. sebab? senang je.. kenangan adalah kenangan.. saye pn dah lame ucapkan selamat tinggal pada kenangan dan sekarang kenangan itu sudah tidak bebekas sedikit pun di hati saya.. so dengan senang hati saya akan mengharungi kehidupan baru sepertimana yg telah tertulis untuk saya.. Saya sangatlah bahagia dengan apa yg Allah kurniakan hari ini.. Alhamdulillah wa syukrulillah..

Sesungguhnya pada setiap kejadiannya ade hikmah yang tersembunyi.. sekarang saye telah menemui hikmah tersebut.. Semoga hati ini akan terus tenang dan bahagia kerana setiap hari adalah kenangan baru yang tercipta.. Kenangan lama akan menjadi pewarna yang mewarnai kehidupan saya dan ia juga akan menjadi sebuah pengalaman dan pengajaran untuk saya.. Saya bersyukur... SANGAT!!

~S.h.w.e.e.T yang S.y.u.k.u.R~


Kan saya dah cakap..

Ting...!!

Hehe, xsia-sia merindu.. Tengok, smlm dah balik.. Mud nk gi keje pon ilang, tp memandangkan dia nk rehat setelah beberapa hari bersengkang mata study, so biarkan dia tido kat umah sensorang la.. So hari ni half day n ptg nak gi jenjalan.. yeayy!! Syg dia..!!

Ni plak menghitung detik nk balik tgh hr plak.. Abg, mis u so much..!!! haha gediks ok!! ngehngehngeh..

Yang Gediks,
~S.h.w.e.e.T~

Tuesday, July 26, 2011

Isteri cerdik yang solehah..

~~Saya mahu jadi si cerdik dan si solehah itu~~

Seringkali si Lelaki dan si Wanita mencari-cari si Soleh dan si Solehah untuk dijadikan pasangan. Tetapi seringkali juga mereka lupe, soleh dan solehah itu mesti bermula dengan diri sendiri. Huhu sudah mula berfalsafah disini.. Tapi memang pn mcm tu, Tuhan tu kan Maha adil..kankankan..?

Ceritanya begini, andai kita telah ditakdirkan berkahwin dengan sesiapa pun, jadikanlah dia si Soleh dan si Solehah yg kita idam-idamkan.. Setiap yang berpasangan, perlu untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.. Jangan hanya kita mahukan pasangan yg sempurna, tetapi tidak pernah cuba menjadi yang sempurna untuk pasangan..

So siapa si cerdik dan si solehah itu? kita yang tentukan...

Yang tulis,
||..Shweet solehah..|| ngehngehngeh..

Menghitung hari

Selamat pagi...

Hehe nape tah tetiba je rajin menghapdet blog pepagi hari cenggini.. Tajuk plak tu mcm suspen semacam jer..kihkih

Tapi memang menghitung hari pun, menunggu kepulangan insan tersayang..ceh mcm pegi jauh je..gi melaka je pun..4 hari terasa mcm 4 bulan..ngehngeh.. mengada2 mcm siput ok!! Kepada en.suami, ku amat merinduimu..cepat la abes exam, pastu terus balik yer..hohoho

Kita tunggu dan lihat, kalo dia rindu isteri dia sesangat, ptg atau mlm ni mesti dia balik..kalo dia rindu 'gak' kat isteri dia, mesti dia balik esok..hmmm.. Nak cuti ke x esok ek...ngeeee

Yang Rindu,
Shweet sangat.. ~_^

Monday, July 25, 2011

Sesekali kene gak update pasal makana..

Mode: TERINGIN ITU DAN INI..

Sekarang ni, kemain lagi asik rasa nk makan macam2 je..kejap nak makan tu, kejap nak makan ni.. Saje je carik pasal nak suh makin tembam kan..hehe.. Tapi bile sebut je, mesti org cakap "ai..mengidam ker" huh xkan la org mengidam je ble makan mcm-mcm..!! geget kang baru tau..!! org dah la lapa ni!!

Lagi-lagi bile tengok ini ha..!!




eeii besar nye gamba ni..lagi la kuat perut ni berbunyi-bunyi..huh!! tapi, kalo nak yg ni kene la tggu Ramadhan..

Kalo nk yg ni plak...??



kene la tggu encik asben tersayang balik...

last-last...dah teroder yg ini... hmm senang, xyah tunggu sesape, makan la sensorang.. ngehngehngeh..
ptg karang ble pick up kat pizza.. ekceli ni sbnrnye, saje nk try order online n pickup kat sane.. next time, delivery la plak... OPS!! next time? hehehe.. aida, jgn jd kan amalan yer!! nanti gemuk padan muKE!!


sekian cerita pizza hr ni..
shuweet yg lapa..

Thursday, June 30, 2011

Kenangan


Selamat Tinggal Kenangan


Kenangan kadang-kadang tercipta begitu indah,
Namun kadang-kadang ia bisa menjadi begitu pahit,

Manusia selalu percaya tentang 'hikmah',
Dikatakan sebalik tiap sesuatu yg terjadi pasti ade yg dinamakan 'hikmah'.

Pahit, manis, masam ataupun kelat,

Semua itu aturan dari Nya..

Yang manis tidak selamanya akan manis,
Yang pahit juga tidak akan selamanya pahit..

Pada Dia, tercatat satu Rahasia yang agung..
Pada pengertian sebuah kenangan..

Ku biarkan yang lalu terus berlalu,
Y
ang mendatang akan terus datang..

Kekuatan telah dibina,

Kenangan baru juga telah tercipta..
Sesungguhnya Dia yang Agung lebih mengerti..
Disebalik hujan pasti ada pelangi..
Kini.. pelangi itu milikku,

Dan ia sudah pasti sangat indah..



Alhamdulillah atas Nikmat dan RahmatNya..

~SHWEET~

Tuesday, June 28, 2011

Renovation

Blog in renovation..

Update lagi...ngeeee..

Lame menyepi..
Kisah demi kisah berlalu dan berlaku..
Hidup kini telah berubah..
Status juga sudah bertukar..
Alhamdulillah 'ala kulli haal..

Welcome back Puan Aida Munirah Suhaimi ^_^

*Entri hapdet ini muncul setelah terlihat link blog ini di blog
mama owh..sgt tidak menyangka ia wujud di blog tersebut..hoho..anyway, thnks mama..tgk la sampai bile mud rajin ni akan berterusan*

Insyaallah istiqamah ^_^