Usia saya kini telah mencecah ke angka 2* tahun..sepanjang hidup saya, saya banyak berdikari sejak saya melangkah ke tingkatan 1. Seawal usia tersebut saya telah belajar untuk mengurus masa, membasuh pakaian, dan menyusun waktu pembelajaran saya sendiri, kerana telah dihantar ke asrama SMKA Sheikh Abdul Malek. Bermula daripada situlah saya mula belajar berkawan dengan bermacam-macam watak kawan, beraktiviti dan berusrah.. Kelihatan pada waktu itu agak seronok kehidupan saya bersama kawan-kawan, sementelah kakak saya yang juga dihantar ke asrama yang sama telah beberapa kali homesick yang sangat teruk sehingga memaksa mak dan ayah dan saya (sebelum masuk ke tingkatan 1) terpaksa datang tengah-tengah malam ke asrama kerana kakak saya menangis dan mula mendapat migrain..huh! siapa adik dan siapa kakak sebenarnya ni!.. habis 1 bab..
Cerita ini sebenarnya tentang seorang housemate..dan housemate itu bernama T.A.s.H.a.. sebenarnya makhluk ini saya kenali sejak saya berada di tingkatan 3 SMKA Sheikh Malek itu.. Dia walaupon pada ketika itu masih lagi C.oM.oT, tapi saya dengan senang hati suke berkawan dengan beliau.. kami agak rapat dan berkawan sehingga saya akhirnya menamatkan persekolahan di sana..
Cerita ini masih lagi tentang housemate saya..ye, housemate saya bernama Aisha (panggilan abg janggutnye) juga org yang same bernama tasya (panggilan yang sy guna dulu dan sekarang, kerana sy merasa geli untuk memanggil beliau Aisha). Beliau ini merupakan sorang yang pada mula saya mengenalinya berada dalam keadaan yg agak comot, dan masih lagi comot sehingga sekarang =P Tasha seorang yang sgt best, dan masih lagi best walaupn kami telah lame berkawan. Kini tasha sudah membesar dan dia juga ingin belajar berdikari, kerana selama ini dia tergolong dalam spisis yang dimanjakan oleh keluarga..
Cerita ini masih tentang housemate saya yang bernama Tasha.. sekarang, Tasha membuat pilihan untuk tinggal bersama saya di teratak shweet saya kerana ingin menghilangkan stress yang dialaminya.. Dan saya sangat gembira kerana akhirnya saya telah mendapat seorang housemate yang best, tidak seperti housemate2 saya yang sebelumnya yang banyak membuat onar dalam hidup saya.. Saya harap dengan sedikit masa yang masih berbaki ini, saya akan terus gembira tinggal bersama housemate saya ini, sebelum saya tinggal dengan housemate yg entah macam mane perangainya sepanjang hayat saya nanti.. Saya merasakan Tasha mungkin merupakan housemate saya yang terakhir sebelum saya akan melangkah ke rumah baru dan bersama dengan housemate baru yang mungkin juga seorang yang tidak suka mandi..!
Kepada Housemate saya, saya gembira kerana keberadaan anda dirumah kita.. Kini, saya tidak lagi penat memasak berseorangan, penat menghabiskan makanan berseorangan, kesunyian menonton tv berseorangan dan menyebabkan rumah saya juga sedikit kecoh dengan aktiviti gossip dan luahan perasaan berkenaan dengan 'kehidupan' dan 'kegelojohan'.... Saya juga berharap anda tidak bosan berada sebumbung dengan saya dan diharap anda juga selesa berada dibilik itu untuk menyiapkan proposal dengan jayanya...
Karangan ini jika di buat ketika menghadapi peperiksaan SPM, pasti akan menyebabkan saya mendapat gred C+.. tapi memandangkan ini ditulis pada blog peribadi saya, maka suka hati sayalah mcm mana sy nak tulis.. Karangan ini juga untuk menghargai sahabat saya kerana sudi datang menemani saya yang kesepian disini.. Terima Kasih 'Aisha' aka 'Tasha' aka 'Kak Mot'.. huhu..
Yang sangat benar,
..S.h.w.e.e.T..