Monday, May 31, 2010

Engkau harapanku~~


Ya Allah,
Kurniakan aku lelaki yang:

Kuat agamanya,
Tinggi ilmunya,
Elok rupa parasnya,
Baik pekertinya.

Tenangkan hatiku padanya,
Bahagiakan aku disisinya,
Kukuhkan cintaku untuknya,

Dan,

Rahmati aku dan dirinya,
Moga cinta kami bersatu selamanya.



~~dari hati shweet~~

Tuesday, May 25, 2010

~Dia sedang memilih jalan~

Entry khas to ...

Dia sedang memilih jalan,

Jalan yang terbaik untuk hidupnya,
Jalan yang akan membawa kebahagiaan,
Jalan yang akan menganugerahkan ketenangan.

Dia sedang memilih jalan,
Namun jalan itu telah menjadi berliku,

Dan dia memerlukan kekuatan,
Untuk membuat pilihan.

Dia sedang memilih jalan,
Antara pilihan hati atau pilihan keluarga,
Dan dia tercari-cari jawapan,
Kerana cintanya pada manusia untuk mencari cinta yang Esa.

Kepada dia yang sedang memilih jalan,
Hanya ini yang mampuku titipkan,
Apa pun laluan yang bakal dipilih,
Segalanya telah ditentukan olehNya,

Dia yang memberi kebahagiaan,
Dia juga menganugerahkan kedukaan,

Semua itu bergelar ujian,

Cinta itu ujian,

Kecewa itu juga ujian,

Siapa jua jodoh kita,
Ia tetap menjadi rahsiaNya,
Kita usahakan untuk menggapai bahagia,
Namun dia juga yang menentukan bahagia untuk kita.

Munajat kita untuk bertemu bahagia,
Kita kongsikan bersama,
Menjadikan ia kenangan indah tercipta dalam persahabatan,
Erti kegembiraan mahupun kedukaan telah kita perbahaskan,

Berbahagi rahsia juga berkongsi rasa cinta,


Semoga perasaan indah ini akan mengingatkan kita pada kenangan,

Mengingatkan kita kepada Dia yang mencipta cinta,
Kita pasrahkan dan kita redha,

Semoga bahagia itu tetap menjadi milik kita.

















♫♪ Shweet yang bahagia ♫♪

Friday, May 14, 2010

~Diabaikan~

Hari demi hari silih berganti..terlalu cepat. blog ini juga semakin terabai..byk yg nk diceritakan dan nk diabadikan di sini.. tapi kemalasan membataskan.. huhu..

Beberapa minggu yang lalu sebok menguruskan sesi berpindah rahdah kat ofis, sehingga berpengalaman menjadi nomad seketika. Then dah setel pindah ofis, amik masa nk menyesuikan diri la plak.. Dengan oficemate yg baru, dengan suasana baru.. hope dapat la menyesuaikan diri dengan baik.. nnti nk masukkan gambarnye..

Ofice lame sgt best..terasa mcm sgt selesa sehingga menimbulkan kejelesan org lain. huhu.. dan ofis baru lak, cam sempit n xprivasi kerana da x sound proof, so nk bergosip pun kene dengan perlahan-lahan...hehe

Tapi, nak tak nak terpaksa terimalah seadanya apa yang ada dan belajar untuk terus bersyukur.. hmm kenangan ditempat2 yang pernah dihuni..



Ofis Lama











Semua ni dah tinggal kenangan..dan sekarang, tempat ni dah selamat menjadi lab microbiology.. so sekarang aku akan berjiran dengan kuman dan bacteria.. lepas ni kene hati-hati sebab mungkin terdedah kepada serangan makhluk tersebut.. hmm setakat ni dulu, nanti akan disambung dengan entry ofis baru.. (kalo rajin) huhu.. ok chow cincau..


~shweett~