Wednesday, March 31, 2010

Cinta Membunuh!!

"sangat banyak"

Cinta,
Jangan pernah membunuh imanku,
Jangan pernah membunuh maluku,
Jangan pernah membunuh kehormatanku,
Jangan pernah membunuh ketaatanku.
Cinta,
Bunuhlah nafsu yang jahat itu,
Bunuhlah hasutan syaitan yang membelenggu,
Bunuhlah keinginan yang tidak pernah jemu,
Cinta,
Jangan biarkan hati terus layu,
Jangan biarkan jiwa membeku,
Jangan biarkan iman mengalir lesu.
Cinta,
Bawalah aku pergi, kedalam dakapan redha Rab ku..




Coretan kebosanan dari,
~shweet~

Dakwah Yang Berkesan

Marah yang terhenti oleh seekor kucing.. artikel daripada saifulislam yang sangat berkesan..



“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.


PETANG ITU


“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
“Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh...

Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.
Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.
Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.

Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.
Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyebabkan si kucing malang itu disepak?

Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!”


[Hadith riwayat al-Bukhari]


Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.

Tuesday, March 30, 2010

KL International Bookfair 2010..

Ahad yang lepas...

Tidak ketinggalan untukku mengunjungi KLIBF2010 pada hari terakhir.. manusia tersangatlah padat tidak terkira menyebabkan sukar untuk memakirkan si kembara itew.. melangkah aku ke bookfair bersama seseorang yang menggalas beg kura-kura yang akhirnya menjadi tempat landing sebahagian buku yg kubeli.. thn lepas bersame org laen, thn ni bersama org laen plak..haih..bak kate seorang teman yang tidak kurang gelojohnya, "byk sungguh scandal u ni us***ah" ayoyoyo.. sungguh bukan kupinta begini ~_^ tettt titik.. ini topic bookfair, bukan topic scandal yep..

Mencari dan terus mencari..


Di atas saranan seorang teman, aku mencari sebuah buku yang cukup bagus untuk dijadikan panduan hidup sepanjang hayat.. akhirnya ku temui di booth pertama yg kusinggahi.. ini hasilnya..


Buku fardhu ain, karangan Ustaz Ismail Kamus.


Alhamdulillah, berpuas hati dengan buku ni, kerana isi kandungannya sangat bagus berserta dengan ilustrasi yang bersesuaian untuk memudahkan pemahaman.. Kepada mereka yang inginkan kesempurnaan dalam melaksanakan syariat, adalah di alu-alukan untuk memiliki buku ini..

Buku ke 2 dan ke 3, juga merupakan target yang aku pernah letakkan untuk beberapa tahun yang sudah..namun tahun ini baru keinginan ku tercapai walau tidak sepenuhnya.. alhamdulillah, kini aku juga memiliki 2 jilid kitab fiqh mazhab syafi'e terbitan darussalam.. di harapkan aku berpeluang untuk mengumpul 12 jilid yang ada bg memudahkan lagi urusan rujukkan.. berikut adalah kitab nya..

Bab Jinayat, jilid 8.

Bab kekeluargaan, jilid 7.

Dan buku yang terakhir adalah dirahsiakan kerana ia bakal di hadiahkan kepada seseorang..ia hanya akan dipamerkan disini setelah tiba waktunya..

huhu, di harapkan buku-buku ini tidak hanya cantik tersusun di rak sahaja.. kegilaan membeli tidak boleh melebihi kegilaan membaca.. cintalah ilmu, nescaya ilmu akan membawa kita mengenal pencipta cinta..

sekian ~sayayangshweet~

Friday, March 26, 2010

Digeget

huh..sungguh saspen.
entahla, saspen sgt ke??

makhluk apekah agaknye yg tergamak menggeget shweet ni..
misteri sungguh bintik itu, sehingga menyebabkan kesengalan melanda pinggangku lantas mengundang juga kegatalan yang tidak ketahuan tempatnya di mana..

gatalgatalgatal
sengalsengalsengal

silih berganti,
menguji tahap kekuatan antibodi badanku..
masih belom demam..oh mungkinkah antibodiku gagah perkasa mampu melawan kekuatan bisa si penggeget..
di harapkan gatalsengalgatalsengal ini tidak mengundang padah yg berlarutan..huhu dan semoga gatalsengalgatalsengal ini akan pergi dengan sendirinya..

sekian laporan untuk hari ini..
yg benar,
shweet ^_~

Thursday, March 25, 2010

Bumi Sudah Tua..

Kiamat Sudah Dekat!! setiap hari mentari memancarkan sinarnya seolah-olah tiada lagi hari esok yang memerlukannya.. Namun, manusia masih lagi leka melakukan dosa (termasuk aku!!)

Hmm entry ini untuk diri aku sendiri, moga masih ade peluang untuk terus bernafas di bumi yang tua ini dan terus mengabdikan diri pada penciptaku..

So di sini terdapat 22 tanda-tanda kiamat untuk menyedarkan kita yang masih bernafas bahawa pintu taubat pasti akan tertutup bila sudah tiba masanya, dan masanya itu semakin hampir hari demi hari...

1. Sembahyang diabaikan (diringan - ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.








Supernova

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah s.w.t. itu sangat kerasnya.” (Al-Hajj : 1-2)

Tuesday, March 23, 2010

Hobbak ghaly 'alaya

New Look

i love patchwork,
so that i've used this patchwork as a background,
hope lepas ni makin bersemangat tuk hapdet..

~masih dalam proses penerokaan~

M.a.L.a.M

Malam seharusnya mendamaikan,
Malam seharusnya menenangkan,
Malam seharusnya merehatkan,
Malam seharusnya membahagiakan..

dan malam ini,
sangat mendamaikan,
sangat menenangkan,
sangat merehatkan,
sangat membahagiakan..

alangkah indah malam ini..

lalalala.. apekah!!

Monday, March 22, 2010

Masih baru walaupun dah Lame..

Masih baru dan terkial-kial..
ingin mencuba sesuatu yg baru biarpun kelihatan agak ketinggalan..
Biarkan, biarkan langkahku bermula setapak demi setapak..

Permulaan yang baru..

Assalamualaikum..

hmm akhirnya.. aku kembali..
entah mcm mane aku nak mewarnai blog ini..
kembalinya aku ke sini untuk menghapuskan perkara lalu yg pernah tercatat disini.. hmm biarlah ia berlalu, semoga untuk urusan yg akan dtg kita bisa menjadi yg terbaik dan lebih baik..

cik lely, time kasih kerana menerjah blog ini, yang membuatkan aku kembali ke dunia yg pernah aku terokai..

welkam aida.. welkam to the bloging world..